Haloooo

Berkurun lamanya tidak mengemaskini ruangan rindu ini. (ceih mood new moon sungguh).

21 hari lagi sudah masuk tahun 2010, huuu tak sangka mampu untuk sampai ke tahun begini. kalau kecik-kecik dulu sekitar tahun 80 an 90 an, tahun 2010, dalam filem mat salleh buat mesti pakai baju kaler perak shinning2, kereta terbang (sci-fiction movie) wahh seronok sungguh, makan pil, ada robots smer hehe.

Namun, setelah lagi 21 hari nak masuk 2010, perubahan telah berlaku, masa hadapan digambarkan lebih ‘green’ nyaman, aman dan teratur, bersih berbanding tahun 80 an dan 90 an yang warna silver mencari tema sesuatu file. hahahah

entah macamana keadaannya, kita perlu melalui tahun itu sahaja.

Tapi bila korang bayangkan 10 tahun yang lepas la, errr 1999, masa itu baru sem 2 kat UiTM saya la kan, telepon masa tu huuhh.. sape ade kita agak berharta ataupun berani menggunakan duit pinjaman yang diperuntukan untuk beli buku. ada la sedikit perubahan. ada la. dari rega maxis post paid yang mahal kena bayar sewa sebulan RM60 ke sekarang boleh pilih plan dari RM10 pon ade, kemudian prepaid baru diperkenalkan tapi masa tu rega dia RM200++ untuk satu nombor kepada <RM10 untuk satu nombor skang pon berlaku, kemudian juga masa tu komputer amat mahal untuk dibeli, laptop mak oii gedabak, skang mampu la nak tuka laptop tuk macam tuka bini (wahahaha) ..

<<<diganggu oleh seorang chambie>>> abes 10 mins saya untuk dibuang ni haha

okla, setakat itu la, saya berhenti di sini, mungkin kita akan berjumpa lagi di masa dan tarikh yang berbeza.

** entry ini telah mengambil masa yang agak panjang untuk disiapkan – 2.15 pm sehingga 3.34 pm**

Leave a Reply