Cerita ini telah ditonton oleh kami sekeluarga pada minggu lepas selepas lama menanti. Yela sejak En Aman dilahirkan agak sukar untuk kami pergi ke cinema kerana En Aman masih tidak sesuai untuk dibawa ke cinema. Ye, En.Zama tahu ini merupakan filem yang saya gemari. Terima kasih sekali lagi untuk En.Zama. Cerita ini saya bagi 5 dari 5 bintang. Kenapa? Sebab saya suka. Filem yang mula² saya tgk masa saya masih mengandungkan En Aman dan banyak kali. Sangat banyak kali. Orang mengidam makan, saya mengidam nak tgk Filem Transformers.
So, cerita kali ini bermula dengan pertempuran antara di antara NEST pimpinan Optimus Prime (Manusia & team Prime sendiri [Autobots] termasuklah pendatang baru Arcee, Chromia, Elite One, Sideswipe, Jolt dan kembar yang paling saya suka Skids dan Mudflap) dengan geng jaat Decepticons di Shanghai, dan mereka telah diber amaran iaitu “The Fallen shall rise again”. Maka bermulalah babak² yang bagi saya amat menarik dengan bunyi runut yang sangat padan dengan keadaan filem itu.
Kemudian, Sam Witwicky pula terjumpa saki baki Allspark di dalam baju kemeja kegemaran dia. Dan secara tidak langsung memori dia telah ditangkap oleh knowledge yang ada di dalam Allspark itu dan menjadikan dia sangat pandai (korang nak tengok bebtui, tgk sendiri, saya cerita ikut suka saya la).
Pertempuran yang dibuat oleh pengarah Micheal Bay sangat la automotive dan saya sangat suka. Sila la tegk yer. Nanti nak suh EN Zama bukak lagi la.
Enjoy!