Amanah Saham Malaysia

Amanah Saham Malaysia yang kita seperti maklum adalah salah satu simpanan dana tetap yang ditawarkan oleh Kerajaan Malaysia kepada semua rakyat Malaysia termasuk bukan bumiputra. Cerita saya hari ini bukanlah mengenai Amanah Saham Malaysia. Sebab kalau kita tanya pakcik Google, dia akan cerita kat kita pelbagai versi mengenai Amanah Saham Malaysia.

Cerita saya adalah bermula seperti biasa. Pukul 10 pagi adalah waktu yang sesuai kalau kita hendak pergi ke bank untuk membuat segala transaksi. Saya suka pilih waktu begini kerana selalunya tidak ramai orang. Seperti biasa saya akan mengisi borang dan mengambil no giliran. Ketika sampai terkejut juga kenapa ramai sangat orang kat bank ini. Namun bukan di ATM, namun di bahagian pengisian borang. Okaylah kot fikir saya. Isi borang amik no giliran nak buat transaksi. Namun terpaksa berbaris melihat makcik di depan ku, India, sempoi, pakai selipar dan agak comot, namun membawa cheque book. Ku lihat borangnya tertulis “twenty five thousand only” mak oii! Dasat Aci ni. Kemudian ku pandang kiri, Amoi cina dengan anaknya kecik je, ku lihat borang mereka “twenty thousand only” mak oii lagi sekali. Bukan dengki bukan jeles, tapi kagum dengan mereka ini. Sebagai inspirasi pada diri saya, satu hari nanti saya juga mampu untuk menyimpan sebanyak mereka itu. Sungguh-sungguh betui kaum bukan bumiputra ini menyimpan di Amanah Saham Malaysia. Ya, mungkin mereka tidak merasa menyimpan di Amanah Saham Nasional dan Amanah Saham Bumiputra. Dibuka saja peluang untuk mereka untung, tidak dilepaskan peluang. Begitu tingginya nilai Amanah Saham Malaysian dan Amanah Saham Wawasan ini kepada mereka.

Leave a Reply