Klinik Kita, Sentul Raya Boulevard

Cerita bermula di mana seorang wanita yang ayu lagi sopan santun pergi untuk melakukan pemeriksaan dari doktornya, ini kerana DIA tidak merasa tidak sihat sejak 4 hari yang lepas. Kemudian DIA mendaftarkan dirinya dan menunggu untuk 20 mins untuk berjumpa dengan doktornya. Seperti biasa doktor akan bertanya ” Apa sakit Puan?“.. kalau DIA tahu penyakit, tidaklah DIA berjumpa doktor dan tiadalah bekerja doktor-doktor di Malaysia ini, betul tak? Dan seperti manusia yang tidak bersalah.. DIA telah menerangkan keadaan dirinya. bla.. blaa.. blaaaaaaaaa.. Tanpa sebarang pemeriksaan terhadap suhu badan, tekanan darah, picit sana picit situ pun tiada, doktor tersebut telah memberi prescription – GASTRIC! Sila hindari makanan berminyak dan bla.. blaaa..blaaaa.. Sila ambil ubat anda selepas ini. Ya ALLAH!!  Terkejutnya. Doktor ini menyuruh DIA membuka puasa. Dia puasalah doktor!! 

“Puan, kalau Puan tak mahu makan ubat, Puan consider sihat, so saya tak boleh bagi MC” Maaflah Doktor, saya tidak mahu MC, saya mahu tahu apakah penyakit saya. Apa???!! DIA terus keluar, tunggu ubat dan blah saja. Doktor BENGONG! Ingat kalau datang Klinik hari ISNIN saja semua orang mahukan MC. Bodoh punya DOKTOR!!

Lesson learnt: Jangan pergi Klinik Hari Isnin.

Leave a Reply