Chicken Nugget

Bahan

Ayam bahagian dada
Telur
Breadcrumbs ( kisarkan cornflakes pon boleh.. sedap)
Parmesan Cheese

Cara Penyediaan

Panaskan oven 375 degrees
Ayam dipotong 1 atau 2 inci
Sediakan 3 mangkuk;1 – tepung jagung  2 – Telur dengan garam dan lada hitam 3- Cornflakes yang dihancurkan.

Celupkan ayam mengikut turutan mangkuk dan kemudian letakkan di atas rak besi sebelum bekas pembakar.pastikan bekas pembakar itu disapukan dengan minyak yang anda suka (spray, butter etc)

Letakkan nugget tadi ke dalam bekas pembakar, dan masukkan ke dalam oven bakar ke dalam 15 minit kemudian keluarkan dan terbalikkan dan bakar 15 minit lagi. Siap

Hidangkan dengan roti atau nasi putih atau makan begitu sahaja.

Spaghetti bolognaise with Meatballs

Bahan

100 gram spaghetti
6 biji tomato yang direbus – buang kulit
fresh oregano @ dried oregano
1 biji bawang besar (bawang benggala)
6 ulas bawang putih
2 sudu minyak zaitun
4 sudu tomato puri

Meatballs
200 gram daging ayam atau lembu
dried thyme – 1 tsp
dried oregano – 1 tsp
dried basil – 1 tsp
garam
lada hitam
roti putih – sekeping

Cara penyediaan

Tomota yang telah direbus dan dibuang kulit itu, dikisar halus. Panaskan minyak dengan 2 sudu minyak  zaitun, Kemudian tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan tomato, tomato dan garam secukup rasa. Dan jangan lupa oregano. Anda boleh guna fresh oregano (senang diperolehi di Jusco atau Cold storage dalam RM 2.99 ) Tunggu sehingga ianya masak atau jika anda nampak ianya sudah naik minyak.

Rebus spaghetti dengan minyak dan campurkan sedikit garam (jika mahu) bersama minyak zaitun (supaya spaghetti itu tidak melekat).

Cara Penyediaan meatballs

Daging ayam yang telah dibersihkan, dikisar halus dalam food processor. Kemudian campurkan dengan garam dan herba yang telah disediakan (penggunaan herba adalah bergantung kepada anda, jika mahukan ia berperisa Asia, Malaysia ka, boleh guna bawang putih, bawang merah etc). Setelah sebati, campurkan sekeping roti putih ke dalam kisaran daging tersebut. Tujuan roti putih adalah supaya apabila kita menggoreng bebola daging (meatballs) dia tidak akan pecah. Ok, setelah dibulatkan mengikut saiz yang anda suka, goreng dengan menggunakan minyak yang tidak terlalu banyak, cukuplah sekadar boleh menggoreng meatballs itu.

Hidang spaghetti, sos dan meatballs, anak anda pasti meyukainya!