Banana Cake | Kek Pisang

Kek pisang ini merupakan kek kegemaran anak saya. Saya menggunakan bread maker saya untuk membuatnya. Pilihan saya adalah “yeast cake”

Bahan

120 gram telur ( 2 biji saiz sederhana)
120 gram gula perang
100 gram mentega
200 gram pisang ( 3 biji pisang berangan )
200 gram tepung gandum
10 gram baking powder
1 tsp esen vanilla

Cara Penyediaan

Masukkan ke dalam bekas pembakar bread maker mengikut urutan bermula dengan telur sehingga esen vanila. Pilih Yeast Cake dan tunggu sehingga masak.

Egg Sandwich

Ini merupakan kegemaran anak saya. Cara penyediaan amat mudah sekali.

Bahan

Telur rebus- 3 biji
Mayonis
Perahan Lemon
Garam dan lada hitam
Roti

Cara penyediaan

Telur yang telah dibersihkan kulitnya, dilenyek di dalam bekas @ mangkuk yang sesuai.




Setelah sudah agak halus, campurkan 2 sudu mayonis @ secukup yang anda suka, 1 sudu kecil perahan lemon, secubit garam dan lada hitam secukup rasa. Kemudian gaul seratanya.

Setelah cukup serata bolehlah dihidangkan dengan roti pilihan anak anda.

Kerabu Ikan Makarel

Lagi resepi untuk dihidangkan dengan nasi putih

Bahan

2 ekor ikan makarel segar @ ikan sardin segar (direbus dengan sekeping asam keping yang kecil)
garam secukup rasa
sebiji mempelam yang telah dicincang halus

Cara Penyediaan

Ikan yang telah direbus itu, disejukkan. Kemudian asingkan tulang dan isi ikan. Isi ikan yang akan digunakan dalam resepi ini. Sila pastikan isi ikan yang telah diasing tidak mempunyai tulang walaupun satu. Amat membahayakan anak anda jika tercekik tulang ikan ini. Kemudian, tumbuk lumat bersama garam secukup rasa. Setelah sebati dan serasa, masukkan cincangan mempelam tadi, jumlah mempelam itu bergantung kepada anda, saya hanya menggunakan sedikit sahaja, iaitu dapat memberi rasa kepada resepi ini. Tumbuk sekata dengan isi ikan.

Hidangkan dengan nasi putih dan sayur kegemaran anak anda.

Chicken Fingers

Anda tidak perlu lagi membeli di pasaraya. Penyediaan amat mudah, anda yang menarik sekali anda tahu apa yang anak anda makan.

Bahan

Potongan isi ayam (bahagian dada)
Telur
Tepung jagung
Breadcrumbs
garam
Lada hitam

Cara Penyediaan

Telur dikacau dengan garam dan lada hitam secukup rasa. Tepung jagung dicampurkan dengan breadcrumbs dalam bekas yang lain. Panaskan minyak. Potongan ayam itu kemudian masukkan ke dalam bancuhan telur kemudian campuran tepung jagung. Goreng. Siap!

Boleh dihidangkan dengan nasi putih atau dimakan begitu sahaja atau dengan dip kegemaran anak anda.

Banofee

Bahan

400 gram digestive biscuits ( saya menggunakan sebungkus McVitie’s Digestive)
50 gram mentega
Pisang 6 biji
Whipping cream (1000 gram) (saya guna brand arla)
Caramel -ready made smuckers
Dark Chocolate

Cara Penyediaan

Biskut dihancurkan sehingga halus ( saya meletakkan biskut ke dalam plastik dan tumbuk menggunakan pengolek yang selalu digunakan untuk mengelek kulit karipap etc). Setelah cukup halus, letakkan ke dalam bekas yang sesuai. Cairkan mentega kemudian campurkan ke dalam bekas yang mengandungi biskut hancur itu. Gaul sehingga biskut itu boleh melekat sesama mereka =). Dan tekan biskut sehingga padat dan mendapat satu lapisan di bekas itu. Panaskan oven 180 degrees, setelah cukup panas, bakar biskut itu selama 20 minit atau sehingga mengeluarkan bau yang sedap. Jangan terbakar, pahit tak sedap.

Keluarkan dan biarkan sejuk.

Potong pisang dalam 1 cm atau mengikut saiz kesukaan anda. Apabila, biskut sudah sejuk, lapiskan dengan pisang sehingga menutup biskut tersebut.

Krim diputar sehingga gebu ( pastikan jangan sampai terlalu fulffy) – hints – apabila krim yang diputar itu semakin pekat dan lembut dan tiada air lagi.

Letakkan krim ke atas lapisan pisang. Kemudian hiaskan dengan dark chocolate di atas krim itu. Corak mengikut kegemaran anda. Saya hanya menaburkan secara rambak.

Sejukkan di dalam peti ais selama 2 jam.

Boleh dihidangkan selepas itu. Yummy