Lupa nak ambil gambar.
Sarapan: Toasted Egg Smiles
Sediakan kuali yang tidak melekat (non-stick pan)
1 keping roti; 1 biji telur; 1/4 cawan susu; 1 kepingan keju; Mentega; kismis
Penyediaan:
Roti dipotong untuk membentuk 2 bulatan untuk mata and lengkungan seakan mulut di bawah “mata”. Sapu mentega di sebelah roti dan letakkan di atas kuali yang telah dipanaskan. Apabila roti mula dibakar, sapukan mentega di bahagian yang sebelah lagi. Sambil itu, ‘sramble’ telur dan susu, dan tuangkan ke atas telur. Pusing2kan roti tersebut sehingga 5 minit atau kekuningan. Letak kismis untuk membentuk keliling mata (optional). Untuk membentuk rambut letakkan keju ke atas mata dan biarkan ia cair. Tadaa siap untuk sarapan.
*nota: Roti dimasak menggunakan Empress bread maker
Makan Tengahari
- Nasi ( 1 mangkuk kecil)
- Steam Brocolli
- Meat Balls
Steam Brocolli
Celur brocolli yang telah dipotong-potong kecil dengan air panas, dan apabila sudah agak lembut (ini bergantung dengan tahap usia anak anda, boleh lagi dilembikkan jika masih tidak pandai memakan makanan keras) dalam 4 minit, toskan brocolli dan celur dengan air sejuk supaya ianya tidak akan layu. Warna yang dikekalkan akan menarik minat anak anda untuk memakan sayur.
Bahan untuk Meatballs
Buat bulat2 – kemudian pecahkan telur dan celup ke dalam telur dan goreng (boleh juga gunakan bread crumbs [serbuk roti] untuk menggorengkan). Saya menggunakan minyak sayuran untuk mengoreng meatballs ini
500 gram daging lembu
Dried basil
Dried Oregano
Serbuk Garlic
Garam ( 1 cubit je)
1 keping roti
(masukkan kesemua bahan ke dalam Food Processor dan mix)
Snacks: Keropok ikan
Desserts: 1 biji Epal