Fish Fingers

Bahan

Ikan cod yang telah dipotong memanjang (boleh didapati dari Jusco @ Cold Storage)
Lemon
Telur 1 biji
Tepung Jagung
Breadcrumb
Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara Penyediaan

Bersihkan ikan cod tadi dan lumurkan dengan perahan air lemon supaya kurangkan hanyir. Toskan
Pecahkan telur, campurkan dengan sedikit garam dan lada hitam secukup rasa. Sediakan tepung jagung di dalam bekas yang bersih dengan mencampurkannya dengan breadcrumb. Panaskan minyak sayuran. Setelah minyak panas, celupkan potongan ikan cod itu ke dalam campuran telur, kemudian tepung jagung & breadcrumbs. Kemudian goreng sehingga garing dan kekuningan seperti yang anda suka.

Hidangkan dengan dip yang anak anda gemari. Sangat mudah dan ringkas bukan.

Tuna Sandwich

Bahan

Tuna (saya guna ayam brand – tuna dalam air)
Lemon (saya guna 1/2 lemon)
Mayonis (2 tsp)
secubit garam
lada putih

Tuna saya basuh dgn air panas. Kemudian toskan. Kemudian campurkan kesemua bahan sehingga secukup rasa. Siap. Sedap dimakan dengan roti oleh anak anda. Boleh dihidang dengan sayur2an agar berwarna-warni.

Chuggington

Merupakan Aman punya siri kegemaran sampai En. Zama download untuk kesenangan Aman, mempuyai 3 watak utama, yang paling Aman sker “Koko”. selain koko ada “Brewster” dan “Wilson”. Mereka tinggal di sebuah pekan yang ada manusia yang bercakap dengan keretapi. Namun yang bestnye, manusia dia sangatlah handsome, hahahahahhaa. Oh yea, dorang bertiga ni adalah trainees dalam siri ini. Setiap episod mereka akan berlatih untuk menjadi keretapi yang menarik. Oh ya disebabkan cerita ini juga Aman panggil LRT, monorail dan sekutunya Chuggington.

Sayur Sawi

Sebagai anak Malaysia, anak saya suka makan nasi juga. Saya ada menyediakan lauk yang agak sesuai untuknya.

Bahan

Sawi
1 cawan air rebusan air
1 sudu kecil minyak sayuran
1 ulas bawang putih
1 ulas kecil bawang merah
Potongan ayam (bahagian dada)
Suhun

Cara penyediaan

Panaskan minyak dan saute bawang putih bersama bawang merah yang telah dihiris halus.  Setelah kekuningan dan naik bau, masukkan isi ayam yang telah dipotong kecil dan goreng seketika. Setelah puas hati dengan keadaan ayam tersebut, masukkan sawi yang telah dipotong kecil (sesuai dengan kemampuan anak anda) dan tambahkan air rebusan secukupnya. Jangan terlalu banyak, sekadar cukup menutupi sawi supaya rasa manis ayam itu tidak hilang. Kemudian masukkan suhun dan tunggu sehingga ianya masak. Sayur itu bergantung kepada anda, masuk ranggup atau lembik. Anak saya suka yang ranggup sedikit. Masukkan garam secukup rasa (tidak terlalu lama).

Hidangkan dengan nasi putih.