Hari ini saya telah diconfirmkan oleh ofis saya. Masalahnye, mereka telah menukar sistem kepda memberi kontrak kepada smer staf baru. Saya tanya smer staf baru (as saya sangat ramah dengan mereka) kebanyakan mereka diberi kontrak juga dengan notis antara 2 ke 3 bulan. Saya 3 bulan dengan alasan saya adalah ketua di bahagian saya. Semasa temuduga mereka kata permenant dengan 1 bulan notis, sekarang tukar pula. Dan paling bes tiada sebarang increment.
Cerita dengan En.Zama. Dia suruh saya tak payah sain kontrak dan jangan pergi keja besok. Start carik kerja balik besok. Mak pula sokong saya decision saya. Manakala Kak Nani, bekas kawan kerja saya kata, sain je, kerja je dulu, lepas tu abes kontrak cari kerja lain.
Saya? Saya tatau nak buat ape. Kalau saya tak sain saya memang akan duduk rumahla (besh besh) tapi kena carik kije gak nak bayar utang kat Maxis, kat Astro, Kat Great Eastern, Kat AIA. Kang suh En. Zama bayar plak sian dia. Dah la nanti kena tanggung saya makan ehehhe. Tapi kalau saya sain, saya akan kerja kat sini dulu sampai puas, cantikkan resume, penuhkan pengalaman, “pernah bekerja di sektor swasta”. “pernah kerja di syarikat antarabangsa”. Saya tatau.
Saya akan dapatkan petunjuk dari-NYA. HR yang tak efisen tu pon tak tanya mana kontrak saya. so saya diam je la. Kasi saya masa seminggu. Kalau susah sangat saya tak sain. duk rumah. jaga aman sekejap. ahahaha. ok tak sayang? saya tak pemalas, tapi nak jadi mama yang baik jaga anak kat umah hahahahhaa