Amanah Saham Malaysia

Amanah Saham Malaysia yang kita seperti maklum adalah salah satu simpanan dana tetap yang ditawarkan oleh Kerajaan Malaysia kepada semua rakyat Malaysia termasuk bukan bumiputra. Cerita saya hari ini bukanlah mengenai Amanah Saham Malaysia. Sebab kalau kita tanya pakcik Google, dia akan cerita kat kita pelbagai versi mengenai Amanah Saham Malaysia.

Cerita saya adalah bermula seperti biasa. Pukul 10 pagi adalah waktu yang sesuai kalau kita hendak pergi ke bank untuk membuat segala transaksi. Saya suka pilih waktu begini kerana selalunya tidak ramai orang. Seperti biasa saya akan mengisi borang dan mengambil no giliran. Ketika sampai terkejut juga kenapa ramai sangat orang kat bank ini. Namun bukan di ATM, namun di bahagian pengisian borang. Okaylah kot fikir saya. Isi borang amik no giliran nak buat transaksi. Namun terpaksa berbaris melihat makcik di depan ku, India, sempoi, pakai selipar dan agak comot, namun membawa cheque book. Ku lihat borangnya tertulis “twenty five thousand only” mak oii! Dasat Aci ni. Kemudian ku pandang kiri, Amoi cina dengan anaknya kecik je, ku lihat borang mereka “twenty thousand only” mak oii lagi sekali. Bukan dengki bukan jeles, tapi kagum dengan mereka ini. Sebagai inspirasi pada diri saya, satu hari nanti saya juga mampu untuk menyimpan sebanyak mereka itu. Sungguh-sungguh betui kaum bukan bumiputra ini menyimpan di Amanah Saham Malaysia. Ya, mungkin mereka tidak merasa menyimpan di Amanah Saham Nasional dan Amanah Saham Bumiputra. Dibuka saja peluang untuk mereka untung, tidak dilepaskan peluang. Begitu tingginya nilai Amanah Saham Malaysian dan Amanah Saham Wawasan ini kepada mereka.

hari cuti

saya suka cuti. saya rasa semua orang suka cuti. cuti mendamaikan walaupun kadang-kadang memenatkan kerana kena buat kerja rumah tapi telah mendamaikan. cuti seronok sebab boleh lepak ngan En. Aman dan En. Zama. cuti seronok kerana tidak perlu pikir pasal ekonomi negara namum sesekali kena pikirkan kepanasan global yang semakin menjadi-jadi. cuti seronok sbb ia nya seronok. kenapa perlu besok tidak boleh cuti lagi. saya nak cuti lagi sebab sabtu saya kerja. saya nak cuti.

Cik Ida

Cik Ida adalah kawan opis saya di opis la, di mana lagi. Cik Ida juga merangkap teman lunch saya juga merangkap teksi saya bila saya tak de kereta. Kereta kami sama jenis, cuma kereta Cik Ida kaler lain dan kilat-kilat sebab Cik Ida rajin basuh kereta dan hon kereta Cik Ida sangat power. Cik Ida juga bekerja di tempat saya bekerja namun dia junior saya 3 bulan saja. So kalau tolak campur darab bahagi, tempoh bekerja kami adalah sama lamanya. Cik Ida bekerja di bahagian Pemantauan & Penilaian atau nama glemernya M&E. Hari tu, Cik Ida pakai baju kurung kaler pink. Saya suka kaler pink. So, saya suruh En.Ismadi amik gambar kami berdua. So, dengan bantuan wacom E.Zama yang dah berhabuk penuh habuk ini saya telah mengedit gambo tersebut dengan memaksimakan penampilan Cik Ida.

photo11

Nama: Cik Ida
Umur: Bwah 30 tahun Atas 20 tahun, tengah-tengah
Pendidikan: Kalau ikut timbang sijil, uuu mahal sungguh duit hantaran ini
Status: Single but not available (tapi ade kekasih gelap sbb kekasih gelap suka panjat gunung)

Google Apps

Google Apps adalah sekumpulan aplikasi yang dibangunkan oleh Google Inc untuk kesejahteraan umat manusia yang celik IT di bumi yang makin uzur ini. Antara yang menarik adalah aplikasi emailnya yang membenarkan kita menggunakan dengan domain sendiri seperti [email protected]. atau [email protected] atau [email protected] dan login ke email melalui alamat http//mail.aman.my. Ianya free sehingga 50 email, jika ingin lebih bolehlah melanggan Google Apps Premium. Apa yang perlu kita lakulah adalah menukar MX Record kita mengikut step-step yang telah diberi oleh bantuan yang terdapat di Google Apps Help.

Selain itu, terdapat juga aplikasi calendar untuk dikongsi melalui google calendar namun kita boleh melihat kalendar kita di http://jadualwaktu.aman.my seperti contohnya. Juga menarik kan?

Selain itu, terdapat aplikasi docs google, chat (google talk) dan contact. Dan bagi pengguna telefom mudah alih yang semakin sekarang bolehlah sync dengan email, calendar dan sebagainya.

Sungguh menarik bukan? Silalah lawati Google Apps . Selamat mencuba.

Sape nak derma hosting percuma kat saya? Nanti saya blanje minum teh o ais limo la..
hahahaa *pandang En.Imran* hahahaha

Aman Sayang

Aman sayang demam lagi. Sangat panas suhunya. Semalam saya cuti, hari En.Zama cuti pula. (thank you sayang!). Aman sayang demam lagi. Kali ini ubat lain pula diberi. Asyik makan ubat saja. Aman sayang demam lagi. Seronok melihatnya bermain lagi di depan ini. Mungkin sudah kurang demamnya, Aman sayang.