Hi Hi Bye Bye

Kenapa tajuk itu? Sekali baca macam lagu Makcik Kerinting tu. Tapi sebenarnya adalah untuk mengucapkan takziah dan tahniah kepada kawan yumcha kitaorg yang baru² ini kehilangan ayah dan menerima kedatangan orang baru dalam kehidupan mereka.

Pertama kali, takziah diucapkan kepada saudari Ili Syazwani atas pemergian ayahanda tercinta beliau seminggu selepas Aidilfitri. Al-fatihah.

Kedua kali pula, tahniah diucapkan kepada Puan Rose Nelli atas kedatangan orang baru dalam kehidupan beliau bersama suami tercinta, Encik Rauhan Ishak. Anak perempuan itu dilahirkan 6 Oct 2009 pada pukul 3.45 pagi dan diberi nama Keisha Kamelia. Congrats!

Namun terdapat persamaan di antara mereka berdua. apa ya? biarlah rahsia bagi kami yang terdekat ini. Kan Encik Azmi?

Sekian, terima kasih

American Virgin 2009

Semalam kami sekeluarga [kecuali En.Aman yang dah tidur dan tak cukup umur nak tgk pon] telah menonton American Virgin 2009. Bintang yang boleh diberi adalah 2 dari 5 bintang. Apa yang boleh terangkan di sini bagaimana penerbit filem di sana yang semakin hari hilang moralnya. Ceritanya berkisar seorang pelajar kolej perempuan yang telah berjaya ditawarkan biasiswa untuk meneruskan pengajian kerana dia masih lagi mengamalkan nilai-nilai murni iaitu masih mempercayai seks selepas berkahwin. Klimaks berlaku apabila setelah dia mendaftarkan diri di sebuah kolej dan mempunyai rakan sebilik yang agak bebas perlakuan (yang dianggap cool oleh masyarakat barat ketika ini). Satu malam berlaku party menyambut kedatangan team “Chicks Go Crazy” di bawah penguasaan Ed tak ingat namanya yang dilakonkan oleh Ed Schinder. “Chicks Go Crazy” memerlukan seorang wanita untuk menunjukkan payudara mereka kepada kamera dan perbuatan ini dianggap kool oleh mereka (namun disebaliknya, di pengakhiran Ed mengatakan perbuatan dia ini adalah untuk memberi pembalasan kepada wanita² diluar sana yang tidak respek pada diri mereka kerana berkelakuan kurang sopan menonjolkan payudara mereka di khalayak orang ramai ~ baikla pulak kan). So si minah ini dengan tidak sengaja telah high dan membuka baju dan menayangkan payudaranya kepada kamera.
Keesokan paginya, dia tersedar dan sangat sedihla kunun, dan setelah berterus terang dengan kawan²nya mereka telah berpakat untuk mengambil balik rakaman tersebut dan seterusnya dapat menghalang biasiswanya ditarik balik. Maka berlakulah episod pencarian Ed and the Team. Anda semua akan dapat melihat banyak “boobies” sepanjang cerita ini ditayangkan dan seolah-olah tiada harganya.
Dan cerita ini sebenarnya mempersenda-sendakan nilai “dara” yang sepatutnya dikekalkan oleh seorang gadis dan lelaki sebelum berkahwin. Bagi mereka mereka yang masih “dara” ini dianggap “old-fashioned” ketinggalan zaman etc.
So, bagi saya cerita ini bolehlah dianggap sebagai satu cerita hiburan saja setelah penat bekerja dan tidak boleh atau sesuai ditonton mereka yang masih tidak cukup umur. Anggaplah filem ini sebagai satu lagi cerita lawak yang sangat sangat ringan.
Sekian, terima kasih dari bilik berita.

PS3

Baru-baru ini [sabtu yang lepas], En. Zama telah membeli PS3 yang baru untuk kegunaan kami sekeluarga, setelah XBOX 360 kami telah diban untuk menonton movie. Dengan adanya PS3 ini, kami dapat menonton movie terbaru bersama-sama dengan mesranya.

Open House

Tadi baru buat open house with limited guest [pengalaman buat open house tuk ke-kwan]. Invitation hanya terbuka kepada rakan-rakan sepejabat saya dari ARROW, MAC dan rakan-rakan yumcha kami. Kesemua rakan² sepejabat saya muncul namun rakan-rakan yumcha kami sorang pon tak datang. Hehehehe

Resepi yang dibuat sangat ringkas sbb tak cukup kakitangan;
1. Beehon Goreng
2. Spaghetti Oilio
3. Nasi Himpit
4. Rendang Ayam
5. Kek Carrot
6. Keropok Lekor
7. Air Sirap
8. Anggur Korea

Terima kasih kerana sudi datang ke rumah saya walaupon agak simple saja. Terima kasih kepada Cik Ida kerana sudi membantu mengoreng keropok dan memotong nasi himpit. ehehe Dan juga terima kasih kepada En.Zama kerana sudi membantu mengemas rumah selepas itu .. Muahs

TRANSFORMERS: REVENGE OF THE FALLEN

Cerita ini telah ditonton oleh kami sekeluarga pada minggu lepas selepas lama menanti. Yela sejak En Aman dilahirkan agak sukar untuk kami pergi ke cinema kerana En Aman masih tidak sesuai untuk dibawa ke cinema. Ye, En.Zama tahu ini merupakan filem yang saya gemari. Terima kasih sekali lagi untuk En.Zama. Cerita ini saya bagi 5 dari 5 bintang. Kenapa? Sebab saya suka. Filem yang mula² saya tgk masa saya masih mengandungkan En Aman dan banyak kali. Sangat banyak kali. Orang mengidam makan, saya mengidam nak tgk Filem Transformers.
So, cerita kali ini bermula dengan pertempuran antara di antara NEST pimpinan Optimus Prime (Manusia & team Prime sendiri [Autobots] termasuklah pendatang baru Arcee, Chromia, Elite One, Sideswipe, Jolt dan kembar yang paling saya suka Skids dan Mudflap) dengan geng jaat Decepticons di Shanghai, dan mereka telah diber amaran iaitu “The Fallen shall rise again”. Maka bermulalah babak² yang bagi saya amat menarik dengan bunyi runut yang sangat padan dengan keadaan filem itu.
Kemudian, Sam Witwicky pula terjumpa saki baki Allspark di dalam baju kemeja kegemaran dia. Dan secara tidak langsung memori dia telah ditangkap oleh knowledge yang ada di dalam Allspark itu dan menjadikan dia sangat pandai (korang nak tengok bebtui, tgk sendiri, saya cerita ikut suka saya la).
Pertempuran yang dibuat oleh pengarah Micheal Bay sangat la automotive dan saya sangat suka. Sila la tegk yer. Nanti nak suh EN Zama bukak lagi la.
Enjoy!