Sajian Aalia Nasi Kukus – R&R Awan Besar

Ini merupakan spot kedai makan untuk OPG! saya. Landmark dia sngat mudah. Lepas tol Awan Besar, jumpa R&R kemudian berhenti dan parking. Kawasan kedai dia yang paling depan sekali.

image

Saya suka bungkus Nasi Kukus Ayam berempah dia. RM6 sebungkus. Selain ayam ada ikan bakar harga RM5-7 sebungkus. Pakej bungkus dia datang dengan Nasi kukus, Kuah kari, Taugeh tumis, Nenas Tumis, Ulam Timun, Sambal belacan dan pilihan protein kita iaitu ayam atau ikan.

Selalu saya bungkus tak akan lebih RM20, 3 Nasi Kukus Ayam dengan nasi tambah 1.

image
image

Rating by elita dot my:

Rasa: 4/5
Kebersihan: 3/5
Harga: $
OPG!: Takde

sekian yek

Dikarang dari telefon comel ku

Restoran Half Moon – Sri Kembangan

Hari ini saya nak buat review tentang Restoran Half Moon yang terletak di Sri kembangan.

image
image

Suami saya yang memperkenalkan restoran ini. Malam tadi baru tapau dari Restoran ini. Kalau tapau saya selalu beli 2 bungkus je sbb portion mcm 4 orang makan. Alhamdullilah. Murah rezeki dorang kalau kekalkan portion macam tu.

Selalu saya order Royal Chicken mandy. Satu bungkus RM13. So 2 bungkus dapat RM26. Dapat nasi, sayur, salsa, humus, dan sup kambing kosong plus Ayam Gril. Sedap.

Restoran ini agak pack waktu weekends. Agak kurang weekdays malam. hahha

Semalam berkesempatan berkenalan dengan owner dia. Tak silap nama dia Puan Faridah. Dia buka restoran ini hampir 5 tahun lepas. Itupon selepas berkahwin dengan suami dia org Arab. Dia asalnya bekerja dengan banyak restoran atau bidang masakan. antaranya Dunkin Donut. dia cite lah semalam. kemudian last sekali kerja ngan restoran Arab, terus bertemu jodoh dengan orang Arab. so bermula lah journey dia dengan dunia Pak arab dia.

 Rating by elita.my:
Rasa: 4/5
Kebersihan: 3.5/5
Harga: $$$


OPG!: kena order kat kaunter

Alamat:

Restoran Half Moon

9-1, Jalan SP 2/8, Taman Serdang Perdana, Seksyen 2, Seri Kembangan, Serdang, 43300

Dikarang dari telefon comel ku