Suami saya

Sejak berkahwin dengan saya 9 tahun lepas, suami saya sentiasa bersama-sama saya. Kenapa saya cakap begitu?

Dia lepak malam dengan kawan-kawan dia tak sampai 5 kali. Setiap minggu mesti dengan saya dan anak-anak. Setiap minggu tidak pernah fail pergi beli groceries bersama-sama. Semua perbelanjaan di atas suami saya.

Minggu memang hari kami sekeluarga.

Segala urusan rumah, beli barang, kereta kami lakukan bersama-sama. Makan malam bersama-sama. Akhir kata suami saya memang suami yang low profile.

Namun..namun sejak tukar kerja baru ni.. suami saya kena kerja hujung minggu la, balik lambat kerja.. tapi..tapi jika siang tak dapat, malam pasti akan diganti balik berjalan-jalan dengan anak-anak.

Jika anak sakit dia yang risau lebih-lebih. Dia juga tolong jaga anak jika saya penat.

Itulah suami saya. Teman hati saya. Teman gaduh saya. Tapi dia tak romantik pon. Saya yang romantik lebih2 hahaha

Menu berbuka ( Hari ke 2)

Menu hari ini Nasi Ayam. Resepi saya pernah share kan.

image

Ni ayam madunye tadi.

Kemudian kuih Cekodok Ikan Bilis.

image

Resepi senang saja

Bahan
Ikan bilis segenggam
2 biji bawang merah
1 biji cili merah
(Blend)

1 biji telur
2 sudu kecil soda bikarnat
250 g tepung gandum
1 pokok kucai
Sedikit kubis (cincang halus2)
Segenggam ikan bilis yg tidak diblend
Garam
Air secukupnya

Campurkan kesemuanya. Kalau cair tambah tepubg. Pekat tambah air. Adunan tidak terlalu cair.
Goreng dlm minyak yg sederhana apinya. Siap!