Left Lower Lobe Pneumonia

Today is my first day admitted to hospital due to left lower lobe pneumonia. Huh? What’ss dat? I also clueless about this Makcik New-Mo-Nia.

Yesss!! Finally I managed to pronounce it. hihihi. New-Mo-Nia.

What is Pneumonia? How its happen? What are the symptoms?

Later I will post again on this. Time to zzzZzZzzZzzz. ciao

Burger Bakar kaw kaw – Lokas Makana

Banyak kali dengar akan kehebatan burger bakar ini. Dari tahun lepas sampailah ke hari ini. En. Zama cakap ikut trend je berger bakar ini. Mcm macaron la..apa la..bla..bla..pakcik ni bercakap. Tapi bini dia ini nak jugak mencuba perkara baru kan. hehhehe.

So..hari ini tercapailah cita2 Isteri ini makan burger bakar. Sampai kat situ, tak ramai org pon. Order Aman, Beef basic set, En. Zama, Beef single baconiser dan Saya, Chicken single chesey. Bayar dalam RM33.

image

Taraa..paling best tak sampai 5 minit (cita2 nak amik gambo pekebenda) dah siap dah. Haaa??!! cepatnya.

Tapau..balik dan makan.

Result:
Aman – shidap…selepas half dimakan..mama tak shidaplahh ade cheese..hihihi

Mama – tak sedap pon. Roti dia keras je hehe. daging ayam masin. cheese rasa mcm nak basi jer

En. Zama – sedaplah lagi Wendy punya burger. hihihi

Sekian, terima kasih

Tips Pemilihan Gynae (pengalaman saya)

Pengalaman melahirkan anak merupakan perkara yang paling berharga buat Saya kan… Kenapa? Mana pernah beranak sebelum ni beb. 😉 Selalu dengar orang cakap je lah. So perkara yang paling merisaukan hati adalah… nak beranak kat mana ni? Doktor mana ni? Alaa.. tanak lah doktor lelaki..(sbb pengalaman orang terdahulu kata, mana boleh pilih doktor ni. siapa punya turn hari tu dia lah yang kerja.. huhuhu)

So, first time, Aman.. jenuh lah Saya fikir. Nak beranak kat mana nih? Swasta ker Kerajaan… huk huk huk.. Tanya Suami tersayang.. mana-mana yang senang lah. So bila dia dah cakap mana-mana yang senang, Saya pun startlah pencarian “Who’s want be my Gyane?” ehehe..

Methods yang digunakan seperti biasa tanyalah Pakcik Google Bin SearchEngine. Almaklumlah..pencarian dihujung jari anda kannn..

Google punya Google.. carik Area Puchong/Subang dan sewaktu dengannya.. jumpalah satu doktor ini..Dr Delaila..Gynae dari SMJC, Subang Jaya. Review punyalah baik best 5 star smer kan. So, nak cubalah. So discuss dengan Suami Tercinta itu, maka kita orang pon pergilah mencuba.

Klinik agak jauh dari rumah. So, selalu lepas kerja penat-penat gi tempuh jem, kitaorg pon pergi ke klinik dia. Saya decide lah nak gi Klinik dari Hospital. Sbb Klinik boleh pergi Malam. Hospital kan macam2 kos yang terlibat.

So, bermula lah kehidupan kitaorang dengan Dr.Delaila. Dari bulan ke dua sehingga masuk bulan ke7 atau ke 8 macam itu. Pergi Balik jumpa dia.

Cost dia amatlah sangat agak mahal bagi kami ketika itu.dan asik scan, asik scan baby girl jer. ehehehe

Dr. Delaila, bagi Saya, dia sangat peramah, banyak tips, kalau kita tanya dia mesti jawab dengan baik. Selalu kasi tips yang membantu sebagainya. Namun ketidakbestnya, kami pergi awal dalam 8 malam, masuk mesti pukul 11 lebih. Balik penat. Dah lah jauh, jem pastu Mahal pulak tu. huhuhuhu. kata org selalu best mahal. tapi ni dah lah jauh, mahal plak.

Pencarian tempat bersalin pula ketika masuk bulan ke 8, sbbnya..kita nak gi beranak kat manakah? SJMC ker? Suami..kesian lah dia..cost dia mahal.Kerajaan.. tak mahulah. Suami tak leh masuk. Saya mahu Suami saya di tepi saya. huhuuhuhu

So kesian pada suami, Saya pun buat pencarian kali ke dua. Kali ini mencari Gynae di area rumah yang agak berpatutan harganya dengan pendapatan kami di ketika itu.

Google punya google punya google, sampaikan adik ipar Saya yang Nurse itu pernah berkata “ala beranak atas katil je..pergi je lah kat kerajaan..sama jer”. Sentap Saya sekejap masa itu. Nasib laki saya cover, “biarlah dia yang nak beranak, biarlah dia pilih nak kat mana”..owhh sayang saya banyak kat laki saya. hahahha

So kesimpulannya..saya tertiba telah menyarankan kepada Ketua Keluarga supaya mencuba Dr.Raja Junaidah (ketika itu berkhidmat di KPMC, Puchong) sebagai Gynae pilihan.

So, kami berdua pun pergilah. Dan pada mulanya kami tak perasaan pon ada Hospital ini. Lalu lalang setiap hari, tak perasaan pon ada hospital ini.

Saya call buat appointment malam, dan pergilah. So waulahhh, pergi dah sepi je.. pastu tak ramai sangat nak tunggu mcm Klinik Dr. Delaila itu, pukul 11 baru leh masuk.

First time nak jumpa Dr. Raja itu sangat lah agak takut (poyoss) kan.. hahahha pastu jumpa, Doktor siap tanya nak scan ke.. so boleh lah kot, sekali lagi.. tup tup scan “BOY!!” uishh… selama ini baby girl hahahhaa..

So, start lah jumpa Dr. Raja sampai ke hari ini. Sampai Dr. Raja pindah ke Columbia Asia, pon saya ikut. Asalnya, sbb harga doktor Raja sangat berpatutan, namun sekarang sbb dah selesa dengan doktor Raja.

Doktor ini ada website sendirinya: www.alamhamil.com . Anda boleh email dia juga kalau ada masalah, dia akan membalasnya dalam masa 24 jam.

So tips saya;

1. Doktor yang boleh dipercayai (banyak good reviews on her/him)

2. Hospital yang berhampiran rumah dan mampu dibayar

3. Selesa.

 

 

 

 

Bertunang

Adik lelaki saya yg kelima telah selamat menjadi tunangan orang pada 6 Jan 2013. Semoga selamatla dia ke jinjang pelamin. Dan bertambah anak menantu mak ayah saya.

Sekian, terima kasih

 

Aman @ Kiddy

image

Aman. Mama want to cry. Aman cool je tapi dalam hati ada taman.

Masa orientasi..siaap eja nama AMAN. Then mama Aman nama dia Eyita. Aman pelat L. So..mama doakan Aman happy and enjoy with your new environment dan juga learning Aman ya.

Mama sayang Aman banyak.