Tazkirah II

“Bknlah perkara kebajikan itu kamu halakan muka ke timur & barat tp kebajikan itu ialah imannya sseorng kepda Allah SWT, Akhirat, Malaikat, Kitab & Nabi 2:177”

“Org yg berselawat mendapat doa & salam drpd Nabi & akan mendapat kemuliaan & keistimewaan dari Allah SWT. Dimurahkan rezeki yang berlimpah ruah”

Tazkirah

Setiap hari saya akan menerima mesej cinta dari Maxis iaitu petikan ayat dari Al-Quran atau ahli ulama atau bijakpandai yang telah terjemahkan ke dalam bahasa Melayu. So, saya memutuskan untuk berkongsi dengan mereka yang membaca blog saya petikan tersebut sabagai tazkirah seharian. So ia akan bermula pada hari ini.

“Waktu adalah ladang kehidupan sesiapa yang menanam kemalasan maka bersiaplah ia untuk memtik buah-buah kemiskinan, Pekerja yang baik sentiasa bersikap proaktif”

“Bertambah luas akal bertambah luas hidup bertambah dtglah bahagia. Bertambah sempit akal bertambah sempitlah hidup bertambah dtglah celaka – Hamka”

“Bhw org² kafir & mereka mati sdg mereka ttp dlm keadaan kair mereka itulah org² yang ditimpa laknat Allah SWT & Malaikat serta manusia sekaliannya – 2:161”

 

 

Hi Hi Bye Bye

Kenapa tajuk itu? Sekali baca macam lagu Makcik Kerinting tu. Tapi sebenarnya adalah untuk mengucapkan takziah dan tahniah kepada kawan yumcha kitaorg yang baru² ini kehilangan ayah dan menerima kedatangan orang baru dalam kehidupan mereka.

Pertama kali, takziah diucapkan kepada saudari Ili Syazwani atas pemergian ayahanda tercinta beliau seminggu selepas Aidilfitri. Al-fatihah.

Kedua kali pula, tahniah diucapkan kepada Puan Rose Nelli atas kedatangan orang baru dalam kehidupan beliau bersama suami tercinta, Encik Rauhan Ishak. Anak perempuan itu dilahirkan 6 Oct 2009 pada pukul 3.45 pagi dan diberi nama Keisha Kamelia. Congrats!

Namun terdapat persamaan di antara mereka berdua. apa ya? biarlah rahsia bagi kami yang terdekat ini. Kan Encik Azmi?

Sekian, terima kasih

American Virgin 2009

Semalam kami sekeluarga [kecuali En.Aman yang dah tidur dan tak cukup umur nak tgk pon] telah menonton American Virgin 2009. Bintang yang boleh diberi adalah 2 dari 5 bintang. Apa yang boleh terangkan di sini bagaimana penerbit filem di sana yang semakin hari hilang moralnya. Ceritanya berkisar seorang pelajar kolej perempuan yang telah berjaya ditawarkan biasiswa untuk meneruskan pengajian kerana dia masih lagi mengamalkan nilai-nilai murni iaitu masih mempercayai seks selepas berkahwin. Klimaks berlaku apabila setelah dia mendaftarkan diri di sebuah kolej dan mempunyai rakan sebilik yang agak bebas perlakuan (yang dianggap cool oleh masyarakat barat ketika ini). Satu malam berlaku party menyambut kedatangan team “Chicks Go Crazy” di bawah penguasaan Ed tak ingat namanya yang dilakonkan oleh Ed Schinder. “Chicks Go Crazy” memerlukan seorang wanita untuk menunjukkan payudara mereka kepada kamera dan perbuatan ini dianggap kool oleh mereka (namun disebaliknya, di pengakhiran Ed mengatakan perbuatan dia ini adalah untuk memberi pembalasan kepada wanita² diluar sana yang tidak respek pada diri mereka kerana berkelakuan kurang sopan menonjolkan payudara mereka di khalayak orang ramai ~ baikla pulak kan). So si minah ini dengan tidak sengaja telah high dan membuka baju dan menayangkan payudaranya kepada kamera.
Keesokan paginya, dia tersedar dan sangat sedihla kunun, dan setelah berterus terang dengan kawan²nya mereka telah berpakat untuk mengambil balik rakaman tersebut dan seterusnya dapat menghalang biasiswanya ditarik balik. Maka berlakulah episod pencarian Ed and the Team. Anda semua akan dapat melihat banyak “boobies” sepanjang cerita ini ditayangkan dan seolah-olah tiada harganya.
Dan cerita ini sebenarnya mempersenda-sendakan nilai “dara” yang sepatutnya dikekalkan oleh seorang gadis dan lelaki sebelum berkahwin. Bagi mereka mereka yang masih “dara” ini dianggap “old-fashioned” ketinggalan zaman etc.
So, bagi saya cerita ini bolehlah dianggap sebagai satu cerita hiburan saja setelah penat bekerja dan tidak boleh atau sesuai ditonton mereka yang masih tidak cukup umur. Anggaplah filem ini sebagai satu lagi cerita lawak yang sangat sangat ringan.
Sekian, terima kasih dari bilik berita.

PS3

Baru-baru ini [sabtu yang lepas], En. Zama telah membeli PS3 yang baru untuk kegunaan kami sekeluarga, setelah XBOX 360 kami telah diban untuk menonton movie. Dengan adanya PS3 ini, kami dapat menonton movie terbaru bersama-sama dengan mesranya.