Nasi Lemak

image

Ini Nasi Lemak yang Azam request malam tadi. Kena ada kacang katanya.  Resepi seperti berikut.

Bahan nasi lemak
1. 3 pot kecil beras (saya guna beras siam yang panjang2 tu, so sukatan air dia pon akan berlainan dengan beras biasa)
2. 1 ulas bawang merah (dihiris)
3. 1 inci halia (dihiris)
4. 1 helai daun pandan (diikat simpul)
5. Santan (saya guna santan kotak jenama ayam brand)
6. Air secukupnya untuk masak nasi

Cara memasak

Beras dibasuh dan toskan airnya.
Campurkan santan dengan 3 cawan air di dalam periuk nasi.
Masukkan bawang, halia dan daun pandan ke dalam periuk.
Masakkan santan sehingga mendidih. Jangan ditutup tudungnya.
Apabila santan sudah mendidih, rasakan garam untuk santan tersebut.
Kemudian masukkan beras yang sudah dibasuh.
Kacau sebati.
Boleh ditutup tudung periuk.
Semasa proses ini amat digalakkan untuk meninjau keadaan periuk agar tidak santan tidak melimpah. Saya akan cuba untuk mengacau selang15 minit sehingga santan kering dan bolehlah tinggalkan saja sehingga masak. Saya gunakan periuk nasi elektrik

Bahan untuk sambal

1. 10 biji cili kering(direbus dahulu sehingga lembut)
2. 3 ulas bawang merah
3. 2 ulaa bawang putih
4. 1 cm belacan
5. 1/3 cawan air asam jawa(ikut masam mana yg anda suka)
6. 4 cm gula nisang kelantan (boleh guna 1/3 cawan gula pasir)
7. Bawang besar dihiris
8. 2 sudu minyak masak

Cara menyediakan sambal

Cili kering dipotong dan dikisar bersama2 bawang merah, bawang putih dan belacan.
Panaskan minyak.
Tumiskan cili kisar tadi sehingga naik minyak.
Kemudian masukkan air asam jawa
3 mins kemudian masukkan bawang besar yang dihiris.dan gula nisang.
Tunggu sehingga ia kembali naik minyak. Jika ingin banyak sambal, tambahkan air sedikit dan tunggu sehingga telkstur seperti yang disukai. Tambahkan garam. Dan ikan bilis goreng sedikit.En. Zama suka sambal pekat. Terpulang kepada kehendak masing2.

Hidangkan nasi dengan sambal, ikan bilis goreng, kacang goreng, telur rebus dan timun.

Yum.  Simple je resepi saya.

Share This Post