saya suka cuti. saya rasa semua orang suka cuti. cuti mendamaikan walaupun kadang-kadang memenatkan kerana kena buat kerja rumah tapi telah mendamaikan. cuti seronok sebab boleh lepak ngan En. Aman dan En. Zama. cuti seronok kerana tidak perlu pikir pasal ekonomi negara namum sesekali kena pikirkan kepanasan global yang semakin menjadi-jadi. cuti seronok sbb ia nya seronok. kenapa perlu besok tidak boleh cuti lagi. saya nak cuti lagi sebab sabtu saya kerja. saya nak cuti.
Category Archives: Coretan
Cik Ida
Cik Ida adalah kawan opis saya di opis la, di mana lagi. Cik Ida juga merangkap teman lunch saya juga merangkap teksi saya bila saya tak de kereta. Kereta kami sama jenis, cuma kereta Cik Ida kaler lain dan kilat-kilat sebab Cik Ida rajin basuh kereta dan hon kereta Cik Ida sangat power. Cik Ida juga bekerja di tempat saya bekerja namun dia junior saya 3 bulan saja. So kalau tolak campur darab bahagi, tempoh bekerja kami adalah sama lamanya. Cik Ida bekerja di bahagian Pemantauan & Penilaian atau nama glemernya M&E. Hari tu, Cik Ida pakai baju kurung kaler pink. Saya suka kaler pink. So, saya suruh En.Ismadi amik gambar kami berdua. So, dengan bantuan wacom E.Zama yang dah berhabuk penuh habuk ini saya telah mengedit gambo tersebut dengan memaksimakan penampilan Cik Ida.

Nama: Cik Ida
Umur: Bwah 30 tahun Atas 20 tahun, tengah-tengah
Pendidikan: Kalau ikut timbang sijil, uuu mahal sungguh duit hantaran ini
Status: Single but not available (tapi ade kekasih gelap sbb kekasih gelap suka panjat gunung)
Google Apps
Google Apps adalah sekumpulan aplikasi yang dibangunkan oleh Google Inc untuk kesejahteraan umat manusia yang celik IT di bumi yang makin uzur ini. Antara yang menarik adalah aplikasi emailnya yang membenarkan kita menggunakan dengan domain sendiri seperti [email protected]. atau [email protected] atau [email protected] dan login ke email melalui alamat http//mail.aman.my. Ianya free sehingga 50 email, jika ingin lebih bolehlah melanggan Google Apps Premium. Apa yang perlu kita lakulah adalah menukar MX Record kita mengikut step-step yang telah diberi oleh bantuan yang terdapat di Google Apps Help.
Selain itu, terdapat juga aplikasi calendar untuk dikongsi melalui google calendar namun kita boleh melihat kalendar kita di http://jadualwaktu.aman.my seperti contohnya. Juga menarik kan?
Selain itu, terdapat aplikasi docs google, chat (google talk) dan contact. Dan bagi pengguna telefom mudah alih yang semakin sekarang bolehlah sync dengan email, calendar dan sebagainya.
Sungguh menarik bukan? Silalah lawati Google Apps . Selamat mencuba.
Sape nak derma hosting percuma kat saya? Nanti saya blanje minum teh o ais limo la..
hahahaa *pandang En.Imran* hahahaha
Aman Sayang
Aman sayang demam lagi. Sangat panas suhunya. Semalam saya cuti, hari En.Zama cuti pula. (thank you sayang!). Aman sayang demam lagi. Kali ini ubat lain pula diberi. Asyik makan ubat saja. Aman sayang demam lagi. Seronok melihatnya bermain lagi di depan ini. Mungkin sudah kurang demamnya, Aman sayang.
TOMOK! TOMOK!
One in a Million adalah salah satu realiti show yang seiring dengan Akademi Fantasia. Disiarkan secara langsung di TV3, Jumaat, Jam 9 malam kot (x pernah tengok live). Saya selalu tengok ulangan hari Ahad 12 tengahari. Ok, kembali ke tajuk utama, TOMOK atau nama betulnya Shah Indrawan.
Serius, Tomok yang dikenali sebagai Mat leleh, Mat jiwang sewaktunya dengan NEW BOYZ. Namun, setelah tertengok secara tidak sengaja siaran ulangannya pada rancangan Top 7, terus saya peminat TOMOK. Adoii kelaka tapi serius. Improvement aka peningkatan yang ditunjukkan sangat-sangat berbeza dengan TOMOK yang kita kenali dengan NEW BOYZ. Yang tak percaya, tgk OIAM ulangan semata-mata nak tengok penyampaian TOMOK. Peserta yang lain tak tengok. hahahhaa
Penyampaian yang agak ‘rock’ tu sangat dasat la. Adakah ini cinta pandang pertama wakakakakka! Tak caya tengok la, antara sedutan yang saya sker.
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=0dwvO8Yx1x4]
Episod terkini – Lagu Sheila Majid ‘Rock’
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=CsoDQchTumA]
Episod To 7 – Lagu syafinaz jadi ‘rock’
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=psHoShWGPfE]
Tomok and his Umbrella
