Hadiah untuk Ayah

Aman’s secret mission for Ayah.

Ajak Mama gi IOI. Ajak Mama gi kedai favorite Ayah. Ajak Mama beli barang bertukang Ayah sebagai hadiah birthday.

Mama bawa Aman. Aman terus ke section tools & hardware. Pilih mana yang sesuai untuk Ayah. Adalah dalam 20 minit kot. Dah jumpa. Suruh beli kotak hadiah. Nasib Daiso sebelah.

Suruh Mama sorok dalam bag. Takut Ayah nampak. Masuk Daiso. Pilih kotak. Jumpa yg sesuai. Cari sticker pula. Jumpa.

Depan kedai terus Deco. So inilah hasilnya..

wpid-wp-1415202122966.jpeg wpid-wp-1415202168408.jpeg

 

 

Sweet kan?

Kebun dalam pasu

Saya memang suka tanam pokok. Tapi saya suka pokok sayur.

Oleh kerana rumah saya takde tanah, maka saya pon tanam dalam pasu dan bekas tanaman. Terima kasih pada En. Zama sebab dia akan tolong siramkan pokok saya lepas balik kerja dan kadang kadang kemaskan pokok saya. Antara pokok yang saya tanam adalah:

1. Cili kerinting
2. Pokok kari
3. Serai
4. Pokok pandan
5. Pokok bunga yang buat nasi kerabu. Tak tahu nama dia

Hehe..nak tanam banyak2 la

wpid-wp-1413960004739.jpeg wpid-wp-1413960316216.jpeg wpid-wp-1413959483293.jpeg wpid-wp-1413959387300.jpeg wpid-wp-1413959281307.jpeg

Free sample part 2.

Berdasarkan post pertama saya di sini. Yer, saya telah berjaya mendapatkan beberapa sample yang diminta. Jarak waktu yang diterima juga agak cepat. Paling lama adalah 2 minggu sahaja.  Awal dari itu juga ada. Antara nya adalah lampin kanak-kanak, tuala wanita etc.

Ada juga yang memerlukan anda redeem over the counter. Ini kebanyakannya adalah produk kecantikan. Setelah mendaftar interest, anda akan menerima email untuk pengesahan untuk redeem free sample.

Nanti saya letak gambar ye. Selamat mencuba!