Suami saya

Sejak berkahwin dengan saya 9 tahun lepas, suami saya sentiasa bersama-sama saya. Kenapa saya cakap begitu?

Dia lepak malam dengan kawan-kawan dia tak sampai 5 kali. Setiap minggu mesti dengan saya dan anak-anak. Setiap minggu tidak pernah fail pergi beli groceries bersama-sama. Semua perbelanjaan di atas suami saya.

Minggu memang hari kami sekeluarga.

Segala urusan rumah, beli barang, kereta kami lakukan bersama-sama. Makan malam bersama-sama. Akhir kata suami saya memang suami yang low profile.

Namun..namun sejak tukar kerja baru ni.. suami saya kena kerja hujung minggu la, balik lambat kerja.. tapi..tapi jika siang tak dapat, malam pasti akan diganti balik berjalan-jalan dengan anak-anak.

Jika anak sakit dia yang risau lebih-lebih. Dia juga tolong jaga anak jika saya penat.

Itulah suami saya. Teman hati saya. Teman gaduh saya. Tapi dia tak romantik pon. Saya yang romantik lebih2 hahaha

Annual Office

 

wpid-screenshot_2015-05-23-19-11-27.png

Tahun ini office buat Annual Dinner and Trip ke Bali. Tak pergi sbb Big Boss kata tak payahlah. So miss untuk kali ke 4 berturut-turut.

Pernah pergi pon ke Phuket sekali je. Tak kisah sgt sbb pergi bersuka-suka tapi anak2 kat rumah tak ikut. Kalau En
Zama nak ikut dah lama dah pergi. Hahaha kesian kat anak2. Weekends je masa untuk bermesra dengan diaorang.  Officemate selalu kata rugila. Tapi bagi saya masa untuk Anak2 lagi penting sbb diaorang membesar dengan cepat. Bali, Phuket, Bangkok, apa lagi tak ingat dah boleh dicari jika Allah izinkan, rezeki lebih kan En. Zama kan?