Tuna Sandwich

Bahan

Tuna (saya guna ayam brand – tuna dalam air)
Lemon (saya guna 1/2 lemon)
Mayonis (2 tsp)
secubit garam
lada putih

Tuna saya basuh dgn air panas. Kemudian toskan. Kemudian campurkan kesemua bahan sehingga secukup rasa. Siap. Sedap dimakan dengan roti oleh anak anda. Boleh dihidang dengan sayur2an agar berwarna-warni.

Chuggington

Merupakan Aman punya siri kegemaran sampai En. Zama download untuk kesenangan Aman, mempuyai 3 watak utama, yang paling Aman sker “Koko”. selain koko ada “Brewster” dan “Wilson”. Mereka tinggal di sebuah pekan yang ada manusia yang bercakap dengan keretapi. Namun yang bestnye, manusia dia sangatlah handsome, hahahahahhaa. Oh yea, dorang bertiga ni adalah trainees dalam siri ini. Setiap episod mereka akan berlatih untuk menjadi keretapi yang menarik. Oh ya disebabkan cerita ini juga Aman panggil LRT, monorail dan sekutunya Chuggington.

Sayur Sawi

Sebagai anak Malaysia, anak saya suka makan nasi juga. Saya ada menyediakan lauk yang agak sesuai untuknya.

Bahan

Sawi
1 cawan air rebusan air
1 sudu kecil minyak sayuran
1 ulas bawang putih
1 ulas kecil bawang merah
Potongan ayam (bahagian dada)
Suhun

Cara penyediaan

Panaskan minyak dan saute bawang putih bersama bawang merah yang telah dihiris halus.  Setelah kekuningan dan naik bau, masukkan isi ayam yang telah dipotong kecil dan goreng seketika. Setelah puas hati dengan keadaan ayam tersebut, masukkan sawi yang telah dipotong kecil (sesuai dengan kemampuan anak anda) dan tambahkan air rebusan secukupnya. Jangan terlalu banyak, sekadar cukup menutupi sawi supaya rasa manis ayam itu tidak hilang. Kemudian masukkan suhun dan tunggu sehingga ianya masak. Sayur itu bergantung kepada anda, masuk ranggup atau lembik. Anak saya suka yang ranggup sedikit. Masukkan garam secukup rasa (tidak terlalu lama).

Hidangkan dengan nasi putih.

Hari ini

Lupa nak ambil gambar.

Sarapan: Toasted Egg Smiles

Sediakan kuali yang tidak melekat (non-stick pan)

1 keping roti; 1 biji telur; 1/4 cawan susu; 1 kepingan keju; Mentega; kismis

Penyediaan:

Roti dipotong untuk membentuk 2 bulatan untuk mata and lengkungan seakan mulut di bawah “mata”. Sapu mentega di sebelah roti dan letakkan di atas kuali yang telah dipanaskan. Apabila roti mula dibakar, sapukan mentega di bahagian yang sebelah lagi.  Sambil itu, ‘sramble’ telur dan susu, dan tuangkan ke atas telur. Pusing2kan roti tersebut sehingga 5 minit atau kekuningan. Letak kismis untuk membentuk keliling mata (optional). Untuk membentuk rambut letakkan keju ke atas mata dan biarkan ia cair. Tadaa siap untuk sarapan.

*nota: Roti dimasak menggunakan Empress bread maker

*Resepi roti

Makan Tengahari

  • Nasi ( 1 mangkuk kecil)
  • Steam Brocolli
  • Meat Balls

Steam Brocolli
Celur brocolli yang telah dipotong-potong kecil dengan air panas, dan apabila sudah agak lembut (ini bergantung dengan tahap usia anak anda, boleh lagi dilembikkan jika masih tidak pandai memakan makanan keras) dalam 4 minit, toskan brocolli dan celur dengan air sejuk supaya ianya tidak akan layu. Warna yang dikekalkan akan menarik minat anak anda untuk memakan sayur.

Bahan untuk Meatballs
Buat bulat2 – kemudian pecahkan telur dan celup ke dalam telur dan goreng (boleh juga gunakan bread crumbs [serbuk roti] untuk menggorengkan). Saya menggunakan minyak sayuran untuk mengoreng meatballs ini

500 gram daging lembu
Dried basil
Dried Oregano
Serbuk Garlic
Garam ( 1 cubit je)
1 keping roti
(masukkan kesemua bahan ke dalam Food Processor dan mix)

Snacks: Keropok ikan

Desserts: 1 biji Epal