kalau …
Doa
Orang kata kalau kita doakan orang 44 kali, makbulkan hajat orang tu,
So mari ramai-ramai doakan saya agar lebih rajin, dimurahkan rezeki, makin disayangi oleh orang yangtercinta, sihat tubuh badan dan makin kurus dan sentiasa bahagia bersama orang-orang yang dicintai. Amin Amin Amin
Mulakan Azam Baru Besok
Besok saya ingin memastikan salah satu azam saya ditunaikan iaitu mengganti puasa! Yeha!! Anda Boleh!
Selamat Tahun Baru 2010
Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 dan masih menunggu kereta terbang!
Azam baru saya adalah sama seperti tahun 2009 – *sila refer di page kanan anda*
Semoga tahun ini saya dapat mencapai salah satu yang di sebelah *azam materlastik* hahhahahaa
Azam yang tak materlastik adalah ~ mama yang penyayang, isteri yang baik, anak yang baik, dan insan manusia yang dirahmati Allah SWT.
Sekian, terima kasih
Zakat
Catatan hari ini lebih kepada bagaimanakah kita perlu mensyukuri nikmat yang Allah bagi. Setiap tahun di penghujung tahun, adalah afdal untuk kita membayar zakat pendapatan kita agar pendapatan yang kita dapati tu disucikan errr ataupon tak ingatla ayat yang betui nya. Bagi yang membuat potongan sebulan² itu tidak mengapa, namun jika pejabat tempat anda bekerja tidak mempuyai perkhidmatan pemotongan zakat dari gaji, maka ini perlu dilakukan. Marilah kita beramai-ramai pergi ke Pusat Zakat yang terdekat.
Amin
