Banana Cake | Kek Pisang

Kek pisang ini merupakan kek kegemaran anak saya. Saya menggunakan bread maker saya untuk membuatnya. Pilihan saya adalah “yeast cake”

Bahan

120 gram telur ( 2 biji saiz sederhana)
120 gram gula perang
100 gram mentega
200 gram pisang ( 3 biji pisang berangan )
200 gram tepung gandum
10 gram baking powder
1 tsp esen vanilla

Cara Penyediaan

Masukkan ke dalam bekas pembakar bread maker mengikut urutan bermula dengan telur sehingga esen vanila. Pilih Yeast Cake dan tunggu sehingga masak.

Egg Sandwich

Ini merupakan kegemaran anak saya. Cara penyediaan amat mudah sekali.

Bahan

Telur rebus- 3 biji
Mayonis
Perahan Lemon
Garam dan lada hitam
Roti

Cara penyediaan

Telur yang telah dibersihkan kulitnya, dilenyek di dalam bekas @ mangkuk yang sesuai.




Setelah sudah agak halus, campurkan 2 sudu mayonis @ secukup yang anda suka, 1 sudu kecil perahan lemon, secubit garam dan lada hitam secukup rasa. Kemudian gaul seratanya.

Setelah cukup serata bolehlah dihidangkan dengan roti pilihan anak anda.

Kerabu Ikan Makarel

Lagi resepi untuk dihidangkan dengan nasi putih

Bahan

2 ekor ikan makarel segar @ ikan sardin segar (direbus dengan sekeping asam keping yang kecil)
garam secukup rasa
sebiji mempelam yang telah dicincang halus

Cara Penyediaan

Ikan yang telah direbus itu, disejukkan. Kemudian asingkan tulang dan isi ikan. Isi ikan yang akan digunakan dalam resepi ini. Sila pastikan isi ikan yang telah diasing tidak mempunyai tulang walaupun satu. Amat membahayakan anak anda jika tercekik tulang ikan ini. Kemudian, tumbuk lumat bersama garam secukup rasa. Setelah sebati dan serasa, masukkan cincangan mempelam tadi, jumlah mempelam itu bergantung kepada anda, saya hanya menggunakan sedikit sahaja, iaitu dapat memberi rasa kepada resepi ini. Tumbuk sekata dengan isi ikan.

Hidangkan dengan nasi putih dan sayur kegemaran anak anda.