New content will be added soon!
Hola Hola
Mengambil masa setahun lebih untuk mengemaskini blog saya ini. So perkembangan yang diperam setahun adalah seperti berikut;
1. Tinggal 6 minggu sebelum melahirkan cahaya mata yang kedua
2. Berat saya juga sudah meningkat bersempena dengan kejayaan besar tahun 2010 – MENGANDUNG
3. Rumah baru saya sudah siap – tunggu masa untuk mendapatkan kunci dan menghabiskan duit untuk sessi renovation
4. Sudah hampir 2 tahun plus plus bekerja di sektor swasta setelah berjaya berkhidmat di sektor kerajaan, NGO selama hampir 9 tahun lebih. Maknanya sudah hampir 10 tahun berkhidmat.
5. Sudah siap proposal untuk melanjutkan pelajaran saya namun menunggu masa yang sesuai untuk menghantar. Masih banyak perkara perlu diselesaikan dahulu, bersalin, tunggu baby besar, pindah rumah, etc. Pendek kata tunggu mampu bernafas kembali kerana peluang untuk belajar ada di mana-mana dan bila-bila saja.
6. Tahun ini (November) akan meraikan ulangtahun perkahwinan yang ke lima. Yay!
7. yay! Tahun ini Raya Puasa & Raya Qurban di kampung saya!! Yeah! yeah!
8. Err.. banyak la pula..
november
lama agak lama untuk menulis kembali. Busy tak lah busy tapi idea tiada dan rasanya tiada yang ingin dikongsikan bersama.
Lagi beberapa hari lagi kita akan memasuki bulan november, bulan sebelas dan macam2 lagi gelarannya. Bagi saya bulan sebelas adalah bulan keraian untuk saya suami isteri. Bulan november merupakan bulan kelahiran kami suami isteri dan juga bulan yang menyatukan kami sebagai suami isteri yang sah.
Tahun 2010 merupakan tahun ulangtahun kami yang ke 4. Sangat cepat berlalu, Aman pon dah 3 tahun, tapi kami masih lagi dalam mood ‘honeymoon’. Hehehe. Alhamdullilah. Syukur kepada rahmatNya. Amin.
Hadiah untuk En.Zama dah dipilih. Hari lahir nya 4 Nov akan datang. Semoga dirinya sentiasa dirahmati, sihat, murah rezeki, dan paling penting masih dan sentiasa mencintai cik puan ini.
The most important, kami nak anak lagi. Ahahahahhahahahahaahaha
ombak rindu
tajuk nampak sangat romantiknya. Hahahaha. Ini merupakan novel yang telah saya baca. Review saya yang bukan expert sangat ni untuk mereka yang mungin googling dan jumpa post saya ini diharap dapat membantu membuat keputusan untuk membelinya atau pinjam saja. Sedia? Kita mulakan…
Jalan cerita seperti cerita tipikal melayu drama swasta kat tv. Ppoan, lelaki, benci2, rindu2, rogol..dan sbgainya. Agak mudah untuk difikirkan endingnya.. Ya happy ending. Mungkin pengarangnya cuba memasukkan elemen romantik namun masih dibelenggu oleh lengkok2 citer tipikal melayu.
Namun, walaupon dapat mengagak apa yang akan berlaku kemudiannya, plot nya agak menarik untuk bacaan ringan sebelum tido. Agak menarik untuk membuat saya ingin membaca sehingga akhirnya. 2 minggu jugala masa yang diambil untuk membacanya. So kesimpulannya, tidak rugi untuk membelinya namun jangan mengharap jalan cerita yang menggunung kerana ia sama endingnye dengan cite melayu yg lain. Sekian, ulasan dari saya yang tak seberapa ini. Next buku adalah, baju pengantin mak andam. Can cin cau soya
p.s I Love you
Novel yang saya baca. Ambil masa lama jugak nak habis sbb saya bukannye jenis orang yang akan baca novel sehingga habis dalam shari-dua. Saya jenis yang baca waktu nak tido, tgh tunggu nasi di order dimasak, atau pun mana2 masa terluang. Saya bukan ini menceritakan tentang habit saya, tapi ingin mengulas mengenai buku ini.
Buku ini saya baca dan kemudian baru saya tahu ada filem berdasarkan buku ini. Dilakonkan oleh Hillary Swank. Agak sama juga adaptasi yang dilakukan.
Plot yang diberikan agak biasa, flashback yang banyak. Namun saya masih terus membaca kerana ingin mengetahui ending nye.
Jalan cerita bermula dengan kesedihan akibat kematian suami tercinta, kemudian bagaimana dia mengharungi dengan tabah sehingga berjumpa dengan lelaki lain.
Boleh meneteskan ayer mate saya membaca buku, dari bab 1 lagi. Tapi tak jadi sebab baca sket².
Saya rekomenla buku ini kepada smer ulat² novel sekalian. yeah!







