Anggerik Desa – Shah Alam Sec 7

Kedai ini berhampiran dengan rumah lama saya bujang dulu. Sebenarnya kitaorang nak pergi makan kat Restoran Asid (x silap la kot) Padang Jawa..tapi tgk2 kedai itu dah tutup..

So En Zama jalan2 pusing2 dan kitaorg jumpalah kedai ini.

Apa yg best kat sini adalah Nasi Kukus dia kot. Sbb packaging dia agak menarik gak. Rega RM5 je. En Zama cakap ok jugak rasa dia

Tak caya tgklah..

wpid-20131124_185712 wpid-20131124_185741

Elita

Cabaran Minyak: Caltex Premium 95 With Techron

Yes, this is the final product to review. Ada tak lagi minyak kat Klang Valley ni?

Ini kita panggil Caltex Premium 95 With Techron.

Oleh kerana masa nak isi minyak ini bateri telefon habis, maka saya terpaksa meletakkan gambar selepas minyak di isi. Iaitu update pada paginye.

wpid-20131122_084616-1.jpg

 

Lihat betapa penuhnyeee itu minyak

 

 

 

wpid-20131204_120510-1.jpg

Ini jumlah pembayaran:

Full tank: 28.01 Litre
RM: RM58.83
Masa: 21 November 2013.

So mari kita lihat berapa jauh Caltex ini boleh pergi..

 

 

Gulai Ikan Tongkong Yogurt versi Kelantan

wpid-IMG_20131118_100950.jpg

Resepi kali ini saya telah menggunakan yogurt Nestlè sebagai salah satu bahan dalam Gulai Ikan saya ini. Rasa dia sedap

Bahan
1 ekor ikan tongkong

Bahan B
1 cm halia
1 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang cili merah (Jika ingin pedas boleh gantikan dengan cili padi)
(Kisar)

image

Santan 1 kotak 220gram
Yogurt Nestlè 1 mangkuk kecil
garam
2 sudu gula merah kelantan
2 cawan air
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak di dalam periuk yang sesuai
Sautè Bahan B sehingga naik bau
Kemudian masukkan air
Tunggu sehingga mendidih masukkan santan dan kacau
Kemudian masukkan yogurt Nestlè dan kacau
Masukkan ikan tongkong
Masukkan gula merah kelantan 2 sudu
Sesuaikan rasa dengan garam dan kacau jangan sampai pecah minyak
Angkat apabila ikan sudah masak
Sedap di makan dengan nasi putih

Raita Yogurt

Resepi kegemaran saya apabila menggunakan yogurt

image

Bahan
1 mangkuk Yogurt Nestlè
1 batang timun jepun
sebelah bawang besar

Timun & bawang besar dipotong dadu sehalus yang anda suka
Campur keduanya dengan yogurt Nestlè
Sedap di makan bersama dengan nasi putih atau Roti Naan. Yumm

Elita