Cita-Cita

Jika boleh mahu bekerja di Selangor dan Jika boleh bekerja dari rumah dan Yg boleh membayar segala bills dan keperluan. Niat mahu bersama-sama  anak di samping mampu berdikari sendiri. Jika diberi peluang sambung PhD. Amin. Semoga dimakbulkan oleh Allah SWT.

Tapi..Jika En.Zama kasi green light duduk rumah jaga anak teruskan hobi..confirm saya setuju juga.

Nota kaki: cepat2 cari duit banyak ye

Hadiah untuk Ayah

Aman’s secret mission for Ayah.

Ajak Mama gi IOI. Ajak Mama gi kedai favorite Ayah. Ajak Mama beli barang bertukang Ayah sebagai hadiah birthday.

Mama bawa Aman. Aman terus ke section tools & hardware. Pilih mana yang sesuai untuk Ayah. Adalah dalam 20 minit kot. Dah jumpa. Suruh beli kotak hadiah. Nasib Daiso sebelah.

Suruh Mama sorok dalam bag. Takut Ayah nampak. Masuk Daiso. Pilih kotak. Jumpa yg sesuai. Cari sticker pula. Jumpa.

Depan kedai terus Deco. So inilah hasilnya..

wpid-wp-1415202122966.jpeg wpid-wp-1415202168408.jpeg

 

 

Sweet kan?

The Warung, Mid Valley

Warung merupakan kedai makan di Mid Valley yang ala kedai makan di kampung. Nama pun Warung bukan?

Jarak yang agak jauh dari office saya, tidak menghalang saya untuk lunch di sini.

Harga adalah standard harga bagi mereka yang makan di Mid Valley ini. Selalunya saya akan memesan ” Nasi & Ikan Cili Padi” atau “Soto Ayam”.

Warung mengamalkan perkhidmatan layan diri di mana anda perlu memesan di kaunter. Namun jangan risau, ada pelayan yang akan menghantar makanan anda setelah memesan berdasarkan nombor yang diberikan kepada anda.

 

Berhadapan dengan RotiBoy anda akan dapat menghidu bau harum dari Kedai RotiBoy itu. Silap haribulan anda juga akan membeli roti di situ.

Bagi mereka yang berhajat untuk mencuba, lokasi Warung ini terletak berhadapan FOS dan Roti Boy. Dan seperjalanan ke Jambatan North Point  atau KTM.

Sila lihat gambar di bawah ini. Some of the photos taken from Google.

warung 1

View from FOS

warung2

Soto Ayam

Warung3

Nasi Ikan Cili Padi. simple je

warung4

Warung5

Warung6 warung7

New York Steak Shack, Mid Valley

Hari itu kami telah makan di New York Steak Shack, MidValley. 

Suasana agak santai dan waiter dia kebanyakan foreigner kecuali tukang masak dia orang tapi tak delah rasa macam kat New York kecuali lagu-lagu dia agak best bagi saya.

20141024_131014

Dinding New York Steak Shack, MidValley..cantik kan?

20141024_131050

Lampu dia ~ hahhaha~

20141024_131040

Pengunjung ketika kami datang makan. Menu dia seperti di bawah ini. Saya amik ayam sbb itu je saya boleh makan. Lunch date saya makan steak dia. Sila lihat di bawah..

20141024_131429

20141024_131516 20141024_131519 20141024_131527 20141024_131533 20141024_131544 20141024_131551

Ini dia makanan dah sampai

Ini dia steak. side dish boleh dipilih dari menu yang ada

20141024_132256

Ini pula makanan saya!! Kenyang. Alhamdullilah

20141024_132302