Sardine Sandwiches Bekal Aman

wpid-2015-01-28-11.59.24.jpg.jpeg

Hari ini saya buat Sandwich untuk Aman.

 

Resepi sangat mudah

Bahan
Roti
Sardin
Limau Kasturi (ambil jus)
Lada sulah secukup rasa
Garam secukup rasa
Unsalted butter

Cara penyediaaan
1. Sardin + jus limau kasturi + garam + lada sulah lenyekkan sehingga sebati.

2. Panaskan grill
Sediakan 2 keping roti
Sapukan butter
Letakkan sardin di atas roti
Satukan kepingan roti
Grill. Masak. Bungkuskan dengan cling wrap. Siap!

Sekian.

Waffle original bekal Aman

Pagi Isnin yang indah ini, saya telah menyediakan bekal waffles untuk anak-anak. Anak request

wpid-2015-01-26-11.04.45.jpg.jpeg

 

Ini yang dah siap masak – Azam punya

 

wpid-2015-01-26-11.05.58.jpg.jpeg

 

Ini Abang Aman punya.

Resepi “Original Waffles”
(Tiru buku dari mesin yang digunakan)
300g tepung
10g baking powder
Secubit garam
100g unsalted butter
1/2 liter susu segar (saya guna HL)
Gula 70g
2 biji telur

Cara membuatnya
Ayak tepung dan baking powder
Masukkan garam
Masukkan butter
Masukkan susu
Kacau kacau
Masukkan gula

Whisk sampai sebati. Leave for 30 mins. Then boleh gunakan. Saya simpan dalam peti ais. Besok pagi terus masak.

Tekstur dia lembut tak crunch. Tapi so far Aman kata dia suka

Nanti nak cari resepi yg crunch la.
Sekian.

Pizza bekal Aman

image

Ini bekal Aman pagi ini. Ini rupa sebelum dibakar dalam oven. Dah siap lupa nak ambil gambar sebab dah pukul 7. Nanti lambat plak.

Lepas bakar, saya balut dalam plastik supaya dia tak keras.

Resepi
2 ketul roti hotdog (potong 2).
Sos bolognaise (boleh guna readymade atau buat sendiri)
Daging pilihan anda (sosej, chicken loaf, beef peperoni)
Mozarella cheese
Unsalted butter

Cara.
1. Potong roti kepada 2 bahagian
2. Sapukan butter
3. Sapukan sos
4. Letakkan daging seikhlas yg boleh
5. Letakkan cheese seikhlas yg boleh
6. Bakar dalam oven 200°c dalam 8 mins
7. Siap!

Sekian, minggu ni dah 2 kali buat.

Bento lunch boxes Aman & Azam

Kali ini saya ingin bercerita bekas makanan untuk anak-anak saya, yang pernah ada dan sedang digunakan.

Mom’s Precious breast milk container

Lunch box 🙂 ini di gunakan untuk menyimpan susu badan saya bagi makanan Aman & Azam sehingga 6 bulan full. Kemudian setelah kenal solid food maka digunakan juga sehingga mereka tanak.

Avent Milk Storage

Ini juga digunakan untuk menyimpan susu badan saya dan juga Nestum bagi Aman & Azam bagi mula² 12 bulan pertama. Boleh perah direct terus simpan dalam bekas. Senang kan?

Medela breast milk container

Medela breast milk container (pack of 3)

Sama fungsi seperti di atas.

La gourmet® 2L Sakura Thermal Food Jar

La gourmet® 2L Sakura Thermal Food Jar

Food jar ini digunakan untuk menyimpan bubur nasi untuk Aman & Azam semasa mereka mula mengenali solid food. Sangat efisen dan tahan untuk 8 Jam. Balik rumah pon masih lagi panas. Dan dibeli ketika Aman lagi dan masih lagi elok untuk zaman Azam.

Thermos Food Jar

Thermos Food Jar ini pula sama fungsi dengan La-Gourmet. Saya guna untuk simpan bunur nasi mereka.

Bento Lunch – Free Gift Dutch Lady

Bekas ini free gift dari pembelian Dutch Lady School. Banyak kat rumah. Digunakan ketika Aman masuk darjah satu dan sekarang. Depends pada menu yang dibawa.

Ez-Lock from Lock n Lock 

Oleh sebab tak amik gambar, rupanya mcm kat atas ini. Ada 3 compartment. Lid merah. Saya jumpa kat Robinson, Gardens. Harga RM19.90 for 2 pcs. Aman punya sekarang ini. Boleh isi susu Dutch Lady school, 3 jenis snacks. Sbb dia sekolah pagi & petang, saya tak sedia yang heavy sangat sebab tengahari dia dah makan nasi. Tapi kalau saya tak letak lunch box, dia akan minta. So tak pernah failed lagi bekalkan dia kecuali puasa je tak letak. Kalau rajin, tahun 2015, saya cuba untuk letakkan contoh makanan yang diletakkan. InsyAllah. Tapi saya sangat suka bekas ini. Ringan, durable dan sesuai untuk kanak-kanak.

Doraemon Lunch Box Marrybrown

Pinjam gambar dari *lurvenuqmans.blogspot.com

Lunch box ini dapat free dari Marrybrown, (hasil Maklong Julie belanja). Masih digunakan untuk Azam di taska.

Tupperware brand

Yang ini pon saya gunakan juga. Ada divider dan small container untuk sup. Tapi selalu tak digunakan pon sup itu.

Ada banyak lagi kat rumah tu. Nanti saya sambung ya.