Donut for kids

image

Resepi donut saya

Tepung gandum 3 cawan
1 sudu yis marzipan
Susu segar suam( saya guna marigold HL) 1 cawan
gula 4 sudu
Unsalted ButterĀ  1/2 cawan cairkan

Gula icing untuk hiasan

Campurkan yis dan susu dan tunggu sehingga yis aktif
Sementara itu campurkan tepung dengan gula dan butter yg cair. gaul sehingga sekata.

Setelah yis aktif masukkan ke dalam campuran tepung tadi. Jika tepung lembik sila tambah. Anda boleh sesuaikan sehingga doh tak lembik sgt. setelah siap di doh, asingkan doh dan tunggu sehingga 45 minit untuk doh kembang 2 kali ganda. Tutp dengan plastik atau tuala. saya guna plastik je. sapukan butter sekeliling bekas agar tepung itu tidak akan melekat nanti.

Setelah kembang, bolehlah bentukkan doh mengikut kegemaran anda. goreng kekuningan. angkat dan taburkan icing sugar atas donut tadi. Siap

Dikarang dari telefon comel ku