Part 1: Cara untuk memeriksa laporan CTOS Online

Laporan CTOS amat sinonim apabila anda ingin membuat permohonan pinjaman, kad kredit di Malaysia ini. Selain CTOS, kita juga dikehendaki bersih dengan laopran CCRIS. Dahulu hanya pihak bank saja yang layak untuk mendapatkan laporan CTOS/CCRIS kita ini. Namun sekarang anda boleh mendapatnya sendiri tanpa menggunakan pihak bank

Kenapa kita perlu memeriksa laporan CTOS kita sekerap boleh?
Benefitnya, anda boleh sentiasa memastikan tiada orang yang akan menggunakan nama anda untuk membuat sebarang pinjaman di luar pengetahuan anda.

Terdapat 4 cara untuk melakukan pemeriksaan sendiri oleh individu.

  • Pilihan 1: Pemeriksaan Sendiri melalui Aplikasi Telefon Pintar (hiks!) – SmartPhone le (perlukan USER ID)
  • Pilihan 2: Pemeriksaan Sendiri di CTOS Service Center
  • Pilihan 3: Pemeriksaan Sendiri melalui atas talian (online) (perlukan USER ID)
  • Pilihan 4: Pemeriksaaan Sendiri melalui SMS (perlukan USER ID)

Di sini saya ingin sharekan pengalaman saya mendaftarkan diri bagi melakukan pemeriksaan laporan CTOS saya ini.

Anda perlu melawati laman web CTOS. Kemudian anda dikehendaki untuk mendaftarkan diri bagi mendapatkan USER ID persendirian. Terdapat 4 pilihan yang boleh anda lakukan

  • Pilihan 1: Pendaftaran dari Smart Phone anda (iPhone dan Android)
  • Pilihan 2: Pendaftaran atas talian (online)
  • Pilihan 3: Pendaftaran Biometrik
  • Pilihan 4: Pendaftaran Manual

Kali ini saya telah memilih Pilihan 2: Pendaftaran atas talian (online).  

Di laman web CTOS, saya akan klik di “Register Your Use ID with CTOS NOW”

1

Setelah anda klik link itu akan ke laman pendaftaran USER ID anda. Anda bolehlah klik “next” untuk langkah seterusnya

2

 

Dan di page seterusnya akan menerangkan pilihan² yang ada untuk mendaftar USER ID anda. Jika anda membuat pilhan online seperti saya, teruskan dengan klik “Click here to begin online registration”.

Anda dikehendaki untuk membaca Terms & Conditions di page baru. Dan sekarang anda perlu bersetuju dengan T&C, kalau tidak kenalah pilih option lain kan.

3

 

Dan juga persetujuan anda diperlukan untuk Disclosure untuk laporan CTOS anda. Sekali lagi klik “I agree”

4

 

Setelah persetujuan diterima, dan mulalah pendaftaran anda dengan mengisi semua kotak yang telah disediakan di laman yang baru.

Page 1: Maklumat MyKad/Passport
5

 

 

Page 2: Maklumat Surat-Menyurat
6

 

Page 3:Maklumat Pekerjaan
7

 

Setelah selesai mengisi semua kotak yang dikehendaki, maka anda bolehlah klik “Confirm Registration Details”. Langkah seterusnya untuk menerima notis pendaftaran di email anda.

Email yang anda terima adalah bertajuk ” CTOS Identity Registration (Pending verification)”. Kenapa Pending? Ini kerana pihak CTOS memerlukan anda menghantar bukti (Mykad) sebagai tujuan pengesahan supaya tidak ada pihak yang cuba menyamar menjadi anda. Sila lihat contoh email yang diberikan di bawah ini. CTOS User ID disertakan bersama-sama email CTOS anda. Sila semak butiran anda dengan betul. Jika salah, sila hubungi pihak CTOS dengan segera.

8

Setelah menerima notis email itu, maka langkah seterusnya untuk menghantar Mykad anda sebagai tujuan pengesahan sebelum anda diizinkan oleh pihak CTOS untuk mendaftar. Dinasihatkan untuk meletak palang di atas salinan IC anda dengan ” UNTUK KEGUNAAN CTOS SAHAJA” atau “CTOS USE ONLY”.

9

Permohonan anda akan diproses dalam tempoh 24 jam. Saya mendapat pengesahan sehari selepas permohonan saya sebab saya hantar selepas waktu bekerja. Terima Cik Jiha atas reply anda ye. hik hik. Selalunya pengaktifan USER ID anda akan dilakukan dalam tempoh 24 jam sahaja. Dalam kes saya, reply dari Cik Jiha adalah pada pukul 9.33 pagi dan pengaktifan USER ID saya pada pukul 3.30 petang hari yang sama. Cepat dan efisen sungguh.

10

 

Yay!! Dan sekarang anda boleh mencuba untuk login dan seterusnya memeriksa laporan CTOS anda! Kita sambung di bahagian seterusnya. Sekian.

 

 

Part 3: Mendaftar Perniagaan secara Online – Pemilikan Tunggal (Sole proprietorship)

Kembali ke step by step pendaftaran syarikat. Kali ini bahagian ke 3.
Anda boleh rujuk bahagian sebelumnya di:

Part 1: Mendaftar Perniagaan secara Online – Pemilikan Tunggal (Sole proprietorship)

Part 2: Mendaftar Perniagaan secara Online – Pemilikan Tunggal (Sole proprietorship)

Setelah nama perniagaan anda diluluskan, anda akan diberi 30 hari untuk mendaftarkan syarikat/cawangan anda jika berkenaan.

1. Sila la ke myGovernment website dan login untuk ke My Page.

2. Sila klik ke My Services untuk mencari borang pendaftaran perniagaan atau dikenali sebagai Form A.

Mygovservices

Online Services

search

 

Kemudian sila taip Online Registration of Business (ROB) di dalam kotak yang disediakan seperti di bawah ini.

Online Registration

 

Klik yang diberikan itu. Dan anda akan dibawa ke page seterusnya. Klik Online Services

Online

 

Kemudian page pendaftaran baru akan dipamerkan. Anda boleh membaca Guidelines yang disediakan sebagai panduan sebelum menghantar permohonan anda. Namun saya teruskan saja kerana pendaftaran ini semudah ABC sahaja.

Online Registration SSM

 

Sila scroll down dan anda akan lihat 5 langkah (step) yang perlu diikuti.

cats

Step 1: Isikan form A dengan selengkapnya
Step 2: Hanya applicable untuk yang mempunyai cawangan, jika tidak proceed ke Step 3
Step 3: Isikan borang peribadi pemilik perniagaan / rakan kongsi
Step 4: Sila muat turun borang hanya untuk mereka yang mempunyai rakan kongsi. Kalau pemilikan tunggal, skip saja step ini. Teruskan ke step 5
Step 5: Juga hanya applicable untuk mereka yang mempunyai rakan kongsi. Pemilikan tunggal skip sahaja

Ok, sekarang kita lihat Step 1: Isi Form A

Klik “Open Form”
Open Form

Klik pada simbol di bawah ini (boleh didapati di ruangan web address)
pdf_small

Klik ‘Open in Adobe Reader’
pdf_big

Form A seperti di bawah akan dipamerkan. Sila masukkan ROB no siri yang telah diberikan melalui email atau My page di Mygovernment (sila rujuk Part 2: Mendaftar Perniagaan secara Online – Pemilikan Tunggal (Sole proprietorship))

Kemudian klik “verify Name Approval No.” dan secara automatiknya, nama anda akan dipamerkan. Silalah isi borang dengan secukupnya. Di sini saya telah memilih nama “UPIHDAUN RESOURCES” untuk nama perniagaan saya. Klassik kan? Ahaks!!

nextform

Kemudian di bahagian “Information Type of Business” anda boleh mencari jenis perniagaan yang diingini. Cuma type saja keyword dalam kotak yang disediakan dan senarai perniagaan akan dipamerkan berdasarkan keyword yang diberikan. Contoh seperti di bawah ini. Saya taip “Internet”.. mana-mana perniagaan yang ada internet akan dipamerkan. Anda hanya pilih dengan menekan petak kecil itu dan klik “select”

search button
internet

Kemudian, last sekali, under “verification by Owner/Partners”..cuma periksa details smer ok dan klik “Finish”. Borang anda telah selamat dihantar apabila mesej seperti di bawah dipamerkan

data saved

Kemudian bolehlah ke Step 3. Dan isi borang peribadi pemilik dengan menekan “1”.
step3

form1

Setelah selesai anda perlu klik terms di bawah dan tekan submit.

Submit Button

 

Page di bawah akan keluar untuk pengesahan anda. Klik “OK”submit

 

Setelah selesai anda perlu membuat bayaran sebanyak RM30(Jika menggunakan nama IC) atau RM60(Jika nama perniagaan).

bank   waitingbankmbk2u

approved

Dan anda telah selesai mendaftarkan perniagaan anda. Sila tunggu email dari SSM untuk LESEN PERNIAGAAN anda.

Email akan seperti berikut. Tahniah! Anda telah berjaya mendaftar perniagaan anda. Yay download dan bolehlah print! Sekian. Senangkan. Masa yang diambil dalam kurang seminggu untuk mendaftar jika tiada masalah-masalh teknikal di pihak SSM (iaitu yang saya hadapi hampir sebulan nak submit borang saya.) Selamat Mencuba!

lesen

lesen1

 

 

 

Cabaran Minyak: Shell Unleaded RON 95 Fuel Save

image

Kali ini saya ingin membuat review tentang minyak mana yang paling jimat & pergi jauh dengan kilometer yang sama. Perjalanan saya hanya dari rumah ke office. Namun untuk lebih adil kita lihat dari sudut isian penuh untuk 1 minggu, berapa boleh pergi dalam berapa hari.

Permulaannya saya akan guna Shell Unleaded Ron95 Fuel Save

 

Isian penuh adalah:
RM: 57.94
Liter: 27.59Liter

Kenapa saya pilih Shell dahulu..sebab saya pengguna shell tegar hahaha

Saya lupa ambil gambar tangki, tapi takper, guna gambar resit pon boleh kan.

20131014_084144

Saya start isi 7 October 2013, 8p.m. Start the journey.

Part 2: Mendaftar Perniagaan secara Online – Pemilikan Tunggal (Sole proprietorship)

Ini merupakan sambungan bahagian ke-2 panduan mendaftarkan syarikat enterprise anda melalui online atau atas talian.

Setelah anda berjaya mendaftarkan diri di myGovernment, sekarang anda dikehendaki untuk mendaftar di SSM pula.

1. Sila lawati Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk mendaftarkan diri anda. Anda dinasihatkan untuk menggunakan pelayar “Google Chrome” dari “Internet Explorer”. 

2. Kemudian klik ‘e-lodgement’ icon untuk mendaftar

elodgement

 

Setelah itu anda akan dibawa ke e-lodgement dan silalah pilih “Application for Business Name Approval” seperti yang saya highlight di bawah ini.

ROB1

Link itu akan membawa anda ke myGovernment login page seperti di bawah ini.

daftar1

 

Jika anda sudah mendaftar, sila masukkan butiran yang dikehendaki. Jika belum anda boleh merujuk review/panduan yang telah saya sediakan di Part 1.

Setelah berjaya login, ia akan ke “myPage”

page-edited

 

Saya telah blank butiran saya. Namun jika anda telah mendaftar, anda akan dapat lihat butiran anda dengan jelas sekali. Setelah itu sila klik “Online Service Directory” di bawah MyGov Services seperti di bawah ini.

Mygovservices

 

Link ini akan membawa anda ke Online Services Directory page dan anda bolehlah mula mencari borang “Application for Business Name Approval” dari mana-mana search button yang telah disediakan contohnya:

  • Online Services A to Z
  • Search Online Services
  • Online Services by Topics
  • Online Services by Lifecycle
  • Online Services by Government Agencies(A to Z)

Online Services

 

 

 

 

Kemudian “search” page akan muncul seperti di bawah ini. Anda boleh taip “Application for Business Name Approval” di dalam kotak yang disediakan dan klik “SEARCH SERVICES”search

type

Dan result akan keluar seperti yang kita kehendakiresultsearch

Pilih “SSM – Application for Business Name Approval”results

Ini kerana sebelum kita hendak mendaftar, SSM telah mensyaratkan bahawa nama perniagaan yang dikehendaki tidak digunakan oleh mana-mana syarikat lain. Anda boleh menggunakan Nama seperti di IC (RM30) atau nama perniagaan seperti “UPIHDAUN RESOURCES” (RM60).

approval

Di sini, anda dikehendaki untuk mendaftar dengan SSM pula. Klik di “SSM – Application for Business Name Approval (ROB)” dan ia akan membawa anda ke page lain and sila lah klik “Online Services” seperti di bawah ini.

Online

Kemudian klik OK di Acrobat page di bawah ini. Jika PC anda sudah ada software “Acobat Reader” maka bolehlah proceed dengan OK button, namun jika tidak ada, silah-lah ye install Acrobat Reader ini dahulu. Process nya sangatlah mudah seperti ABC.

Acrobat

Dan anda akan berada di page pendaftaran nama ROB seperti di bawah ini. Anda akan diberi userid, tarikh tamat tempoh (jika sudah mendaftar) etc. Contoh di bawah ini.

ssmonline

Kemudian sila scroll down hingga anda jumpa “Step 1” dan klik “open form” dan pilih “ROB”seperti di bawah ini.

ROB2

openform

 

Ok, isi borang, dan buat klik finish.

Oh ya. Di sini anda dinasihatkan menggunakan pelayar Google Chrome ya. Setelah berjaya membuka form itu, anda sekali lagi dikehendaki untuk klik lambang “PDF” yang kecil di ruangan “web address” bagi membolehkan anda mengisi borang ini. Sila lihat gambar di bawah ini. Dan klik “Open in Adobe Reader” and “Done”

pdf_small pdf_big

Sila klik “Finish” untuk menghantar borang anda.submit

Submit

Kemudian, anda dikehendaki untuk membayar RM5 bagi proses pendaftaran ini. Anda boleh memilih untuk membayar menggunakan kredit/debit card atau pindahan bank. Saya memilih pindahan bank sila lah pilih “FPX Transaction”. Ikut arahan dan bayar. Email pengesahan pembayaran akan dihantar ke email anda.

fx

Kemudian isi borang untuk mendaftar nama syarikat. Form akan keluar seperti di bawah ini. Anda sila-silalah mengisi borang dan sediakan nama yang diingin, jika ingin menggunakan nama seprti di IC, isikan saja nama penuh anda, atau ingin mengunakkan nama perniagaan, isikan saja dahulu. Jika nama anda telah digunakan oleh business lain, borang anda akan dikembalikan, dan anda boleh mengulangi step ini sehingga nama anda diluluskan. Tips: Sila letak “Enterprise”, “Resources”, “Online” atau seangkatannya. Bukan Sdn Bhd yer, itu consider yg ada income melebihi RM berapa saya tak pasti.

form1

Sila klik “Finish” untuk menghantar borang anda. Ulangi jika nama anda telah direject (akibat ada org dah gunalah).

submit

 

Submit

Dari borang yang saya baca, SSM akan menghantar email pengesahan ke alamat email yang didaftarkan. Namun tidak pada kes saya, di mana saya telah memeriksa status saya di page myGovernment under “My Transaction” dalam masa 3 hari bekerja. Jika berjaya, anda ada 30 hari untuk register business anda.

transaction1

Jika sudah berjaya maka kita perlu mengisi borang ROB pula. Itu akan masuk part 3 pulak lah. Sekian.

 

Restoran Anwar Roda Baru Ayam Kampung – Bandar Bukit Puchong

20131230_133028

Gambar dari kamera saya

Sabtu lepas, saya berkesempatan untuk Order, Pack and Go! di Restoran Anwar Roda Baru Ayam Kampung di Bandar Bukit Puchong. Kedai ini terletak berhampiran dengan Kedai Nasi Ayam Tuan Faridah, Bandar Bukit Puchong.

Landmark, di area TESCO Bandar Bukit Puchong. Belakang dia ya.

First impression, mak oiii banyak nye lauk diaaa.. hahha sbb saya datang dalam pukul 11.50 am. Dorang masih menyiapkan masakan. Serius banyak pilihan weeii. Masakan kampung la senang kata.

Saya hanya membungkus saja kerana di rumah developer sedang membaiki claims yg kita org buat.

Saya bungkus 3 ekor ayam goreng kampung, tempe goreng, kuah daging kawah, kuah kari ayam, kerabu kacang botol dan kerabu mangga sekali dengan Nasi putih 2 bungkus & Nasi Ayam 1 bungkus. Total damage: RM37++

Review saya & En. Zama: Saya suka kuah kari ikan dia. Sedap. Tapi kuah daging kawah dia En.Zama cakap berlemak sgt. Kerabu kacang botol sedap gak tapi PEDASS.. ok lah. Ayam kampung mcm biasa marbeless.

Aman & Azam: Aman makan nasi ayam dia habis juga manakala Azam diet tanak makan nasi, nak makan nugget. kenalah mama dia gorengkan nugget dia hahaha

Gambar tak sempat amik, tapi saya google jumpa blog ini: http://tailim.blogspot.com/2012/01/anwar.html

Terima kasih ya Tuan Blog. Pinjam gambar. ehehe

DSCF3705 DSCF3717 DSCF3720