Kursus Jahitan Kebaya Moden di Kolej Komuniti Shah Alam

Saya telah mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus jahitan Kebaya Moden selama 2 hari di Kolej Komuniti Shah Alam.

Sila refer post di sini

Kos yuran adalah RM10 sehari dan kos bahan adalah RM60. Jumlah sebanyak RM80. Bagi saya masih murah berbanding di luar itu. Kenapa saya ingin ke kelas? Tujuan saya mengikuti kelas sebab jahitan ini kita kena tanya cikgu. Boleh saja kita Google atau tengok Youtube, tapi saya inginkan basic dahulu so senang nak apply kepada research kita yang lain. 2 hari sebenarnya tidak mencukupi, namun saya mampu menyiapkan baju kebaya saya walaupon agak tidak kemas jahitannya.

20140614_110853 20140614_082348 20140614_110900 20140614_112045 20140614_113727 20140615_142132 Menariknya, selepas kursus anda akan diberi sijil penyertaan. Tak sangka. Ingat kita pergi belajar dan dapat ilmu. Ada lagi sijil.

20140615_170015

Sepanjang 2 hari saya belajar itu, saya mencuba mesin jahit tepi, buat kain silang, dan menjahit kebaya!! sesuatu yang saya rasakan tidak mungkin akan saya lakukan. Paling canggih yang pernah saya jahit adalah Apron, itupun projek untuk PMR di sekolah. Ha ha ha Apa yang perlu saya bawa adalah – diri saya sendiri. Bahan lain disediakan. Kan telah bayar kos bahan. Namun saya bawa buku nota dan pen saya hahhaa. Jangan risau jika anda tidak pernah atau tidak tahu menjahit kerana cikgu yang membimbing kita akan sabar mengajar kita dari Zero to Hero. Percayaaaalaaa.. Secara keseluruhan kelas ini sangat berguna kepada saya, dan i am looking forward for the next classes. p/s: Ucapan terima kasih yang paling banyak dan penuh kasih sayang diberikan kepada En.Zama kerana membenarkan saya pergi kelas dan tolong jaga anak-anak. I love you sayang! Kalau dia tak kasi, semua tak akan jadi.

Kolej Komuniti Shah Alam

Saya telah mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus jahitan di Kolej Komuniti Shah Alam. Maklumat lanjut bolehlah layari web mereka di sini atau facebook mereka di sini.

Untuk melihat jadual bulanan boleh la memuat turun jadual di laman web mereka. Di bawah gambar untuk June 2014. Setiap bulan jadual mereka akan berubah.

Takwim

 

Kalau susah nak download call saya dan tanya sendiri dengan pihak Kolej. Alamat seperti berikut

Bangunan UMNO Shah Alam, Aras 10, Menara UBSA,, Pusat Dagangan UMNO Shah Alam, Seksyen 11, 40100 Shah Alam, Selangor
03-5511 4030

Jika tidak anda boleh la melihat Kolej Komuniti yang berhampiran kawasan anda. Senarai boleh diperolehi di laman web mereka: http://www.jpkk.edu.my/jpkk/

Jangan risau yuran yang di tawarkan agak murah dan sangat berbaloi. Paling mahal adalah dalam RM25 dan jika melibatkan kos bahan paling mahal adalah RM60.

Berminat? Tunggu apa lagi. Call.

Baca di sini pengalaman saya belajar kursus di Kolej Komuniti Shah Alam.

Pengalaman membeli buku di noqstore.asia

NoQstore.Asia adalah salah satu kedai buku online di Malaysia. Asalnya adalah dari negara jiran kita – Singapura or Singapore.

Page

Page Utama Noqstore.asia

Saya telah mencuba untuk membeli buku di noqstore.asia. Web address: http://www.noqstore.asia/

Anda perlu mendaftar diri di sini untuk membuat pembelian.

Register

Klik button berikut kemudian isikan borang berikutnya.

Form

Setelah selesai bolehlah gunakan button search untuk memilih buku anda suka.

Search

Saya mencari buku No David

NoDavid

Add cart

Addcart

Jika jumlah pembelian anda melebihi RM50, maka penghantaran adalah percuma. Dalam kes ini, saya dan kawan saya berkongsi membeli buku dan Alhamdullilah jumlahnya melebihi RM50. So shipping is free.

Addcart1

Jika nak bayar boleh pilih Check out button, jika masih ingin beli buku, sila lah pilih Continue shopping.

Addcart3

Ada 3 option

1. Daftar Akaun baru

2. Jika pengguna berdaftar, bolehlah pilih “login existing customer”

3. Atau, membeli sebagai tetamu.

Saya telah memilih option ke 2 kerana saya adalah pengguna berdaftar.

payment

 

Jika baru mendaftar, setelah siap pendaftaran, anda akan menerima email pengesahan pendaftaran seperti di bawah ini.

email1

 

Shipping details

Ruangan ini akan menunjukkan buku yang anda telah pilih.

Gift wrapping

Sila tandakan ruangan ini jika anda ingin membeli sebagai hadiah. Tambahan kos sebanyak RM2.56 untuk setiap buku. Namun, jangan risau, packaging yang diberi juga sangat kemas

Shipping Address

Silalah isi alamat buku itu hendak dihantar.

Payment details

Payment option

Ada 2 jenis pilihan; Credit/Decit card atau Paypal

Billing address

Alamat bil anda jika menggunakan card

Voucher and Promotion Code

Jika ada kupon atau promotion code boleh la isi kat sini.Jangan lupa pula. Nanti rugi 🙂

Order details

Sini, total amount akan diberikan bersama dengan shipping. Sekali lagi jika jumlah pembelian anda kurang dari RM50, maka kos penghantaran akan dikenakan. Caj amatlah minimum sekali.

Dan jika semua sudah betul, maka bolehlah buat tempahan. Sila klik button “Place Order”

Satu email akan diberi untuk confirmation.

Email2

Email ini mengandungi details dan anda boleh menggunakan email ini untuk memeriksa status order kerana link “check your order status here” diberikan.

Dan sekarang tunggula bila buku anda akan diposkan, jika sudah diposkan lagi satu email akan diberikan untuk notis anda.

Email3

Sekarang duduk relaks and tunggu buku anda sampai. Buku saya sampai 2 hari selepas menerima email ini.

Buku telah sampai

20140606_173313

 

Bungkusan yang kemas. Tiba awal

20140606_173429

Bungkusan di dalam nya juga kemas dan cantik

20140606_173508

Yes. Ini bukunya.

Maka, saya rasa pembelian menggunakan Noqstore.asia agak bagus. Buku murah dan kemas penghantaran.

Sekian