Cabaran hari ke 9: 13 March 2013

Malam yang agak penat. Bad traffic. Pokok tumbang merata-rata.

So..saya tetap memasak tapi siap lambat malam tadi.

Menu..

image

Telur Kurma

Senang. Tapi macam kurang kick. Dia x letak asam keping. Kalau ikut resepi MK saya kena letak asam keping.

 

Kategori: Senangnya memasak Telur dan Tauhu
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

image

Buncis Goreng
Sedap!!! saya sukaa sgt

 

Kategori: Senangnya memasak Sayur
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

image

Ikan masak Asam

Ok je. Kalau resepi mak saya kena tumis biji sawi baru ada.umphh. itu je. saya penat nak tulis bahana Jem tadi

 

Kategori: Senangnya memasak Ikan
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

So..penat ni..saya ada 342 lagii..ciao

Cabaran hari ke 8: 12 March 2013

Objective: 5 recipes to try. Result: 3 jer sbb mcm dah byk sgt. Postpone lain hari.

Menu for tonite as below:

image

Salmon Panggang Oren

Saya tak makan sbb tak suka ikan. Hahhahaha. Hanya En. Zama yang makan. So review should come from him. Original recipe should eat together with chips n brocoli. Tapi…macam nak makan nasik makan jadikan ia lauk lah. hhaahaha

**update: En. Zama kata ‘OK JER’. Yes! Sedaplah tu

Kategori: Senangnya memasak Makanan Barat (2/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

image

Ayam Masak Halia

Sedap je. Senang nak masak. Sangat direkomen untuk wanita bekerja yang ingin memasak sendiri. Penyediaan juga senang. hehhee. Saya mmg suka halia. So makan halia je tadi dan susu pon tetiba banyak.

Kategori: Senangnya memasak Ayam (5/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

image

Sup tauhu

Juga senang disediakan dan juga sedap. Banyak juga Aman makan. Saya gunakan tauhu jepun menggantikan tauhu lembut yang disyorkan dalam resepi. Try lah!

Kategori: Senangnya memasak Tauhu dan Telur (1/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

Sekian, selamat malam. Besok mau bangun bersahur hehhe.

345 Recipes to go..

Cabaran hari ke 7: 11 March 2013

Bravo! Habes! Licin!

Hahhaa. For tonite, Mak pilih Spaghetti bolognase.

image

Spaghetti Bolognase

Bila baca list..macam ok..tapi bila dah masuk cili kisarlah..dan ntah apa lagi..trus saya masak ikut style saya. sebabnya spaghetti boleh dikatakan makanan ruji kat rumah ini. Dalam seminggu mesti masak sekali. sbb Aman sker.

Kalau ikut resepi dia guna mushroom dalam tin. Saya beli yg fresh cendawan butang tu. Oregano kering saya gantikan dengan fresh oregano. Then daging kisar saya gantikan ngan daging ayam potong kecik-kecik. Saya tak guna cili kisar. Malahan sos tomato pon saya tak guna. Saya hanya guna bahan asas spt tomato, tomato kisar, garlic, onion etc. 1 plastik habis dimakan oleh Aman n En.Zama. So mmg betui2 sedaplah. hahhahahahaa. Oklah mampu jugak saya memasak walaupon puasa hari ini.

Kategori: Senangnya memasak Masakan Barat (1/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

So secara rasminya saya ada lagi 348 resepi untuk dicuba yihhaa

Cabaran hari ke 6: 9 March 2013

Masak breakfast tapi rasanya kenyang sampai lunch ni.

image

Nasi goreng kampung

Saya gunakan sawi instead of kangkung. En. Zama x suka kangkung. Tapi kangkung lah sedap. Dan sebab x da sotong n udang (mode malas nak gi pasar)saya gunakan ikan bilis.

Senang jer. Dan saya rasa sedap jugak. Mungkin lebih pedas lagi sedap kot. Oleh kerana En.Zama kurang memakan pedas, maka saya kurangkan amount cili di dalamnya. Masa yang diambil x sampai pon 20 minit. Siap sudah.

Kategori: Senangnya memasak Nasi (1/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

image

Mihun Goreng

Honestly, senang dan mudah untuk dimasak. But I more prefer my mum’s recipe. This recipe was easy but not too yummy. En. Zama pon setuju dengan saya. Begitu juga food tester kecik kat rumah. Tapi itu pendapat saya saja. Warna agak pudar kerana saya kurang cili kering sbb takut pedas sgt tuk anak-anak. Saya sker kalau ada kicap n sos untuk my mum original recipe. Kali ini saya terpaksa katakan saya tidak menyukai resepi bihun goreng ini. Namun selera org lain-lain kan.

Kategori: Senangnya memasak Mee (1/23 jenis)
Penyediaan: Mudah
Cara Memasak: Mudah

Mesti terkejut saya masak 2 jenis kan. Saja tanak membazir nasi hehehe. So so far saya ada lagi 349 resepi to try. yezza